mercredi 26 juin 2013

Semusim panas yang tidak panas...

| |




Semakin hari semakin banyak bunga-bunga mawar yang berputik terbuka kuncupannya mengembang mekar tampak anggun sekali... meski pun suhu cuaca tidak setanding panasnya mengikut musim panas yang setimpal dengan namanya yaitu panasss... sepanas laksana ditepi pantai.. namun nyaman, tidak akan menjadi kenyataan yang hanya tinggal bagai igauan bobok ditengah malam..!

Ramalan cuaca untuk disepanjang musim panas ini telah diramalkan bersuhu dingin lembut (19/25°C), hujan dan berangin deras... jadinya keadaan cuaca seakan dan serupa seperti dimusim bunga, ooh là là là... sudah lah hari ini diumumkan bahawa Peranchis didalam "recession" dan hari ini juga bermulanya musim  soldes/sales untuk koleksi musim bunga & panas, ditambahkan lagi jumlah pengganggur bertambah tinggi dimana setiap hari banyak yang dibuang kerja... kesudahannya disini Peranchis memasing sudah tidak ketentuan arah pendirian hidup mereka yang kini semakin tidak percaya keatas majoriti ahli politik dengan hamparan janji-janji yang telah di-ikatkan sebagai memenangi piliharaya nan lalu (lumrahnya begitu) dari pehak kerajaan sekarang bagi meninggikan taraf hidup mereka... malang sekali janji-janji tersebut  hanya sekadar mengurat hati kepada yang senang diperdayakan sahaja..!

Sebagai penawar rasa kelat dan pahit terhadap suasana nan murung yang amat sangat begitu terasa disini, biar lah diperindahkan oleh bebunga mawar mekar harum mewangi sebagai penyeri harian yang bersuhu dingin namun masih disinari mentari bercahaya jernih lagi lutsinar...





 Pokok mawar ini yang ber-saiz cenonet sudah mengembang mekar kelopaknya...
















 Yang ditanam dibawah teduhan pokoknya Tilleul.







 Setangkai bouquet mawar yang berbau harum semerbak laksana parfum made in Peranchis...!






 Yang ditepi tangga utama juga sedang sarat mengembang... tahun ini kok berangkai se-bouquet penuh rapat bertindih, tampak cantik sekali.






 Terrasse/patio dan la piscine/kolam renang dipagi nan indah, kelihatan sepokok mawar berbunga putih yang ditanam pada bulan 3 nan lalu kini berbunga dan terus berbunga meski pun pokoknya masih kecil.






 Adore mawar rose lembut ini...






 Sekelompok tanaman pokok-pokok mawar dengan pelbagai rupa, warna dan bau menumbuh disudut pinggiran terrasse/patio.






Gambaran photos yang diambil  dari segi sudut sebagai penerangan...









 
 Kelihatan Lavender semakin rimbun dan kini cabang-cabang bunga sedang membesar bagi menghasilkan bebunganya yang berbau harum semerbak!


















 Gambaran photos diambil pada pagi tadi dan nurcahaya mentari memancar sinar oleh itu photos semua tampak menyilau terang yang amat sangat...!































 Mawar kuning juga sudah mengembang mekar....






















Alhamdulillah...






4 commentaires:

Cik Eka a dit…

Indahnya ciptaan Allah SWT ya sis..

Sini baru sahaja baik jerenu.

Kalu tidak, aduh. bernafsa pun arsa susah terpaksa bau asap

NaniRostam a dit…

Assalamualaikum,


Bumi yang indah.

Seindah gambaran.

Penuh warna.

Buat menyegar nafas yang dihela

Buat mengharum bau dihidu

Buat menjamu mata yang memandang

Syukur dimanapun bumi

Ia anugerah Illahi.



Salam kasih sayang


Nani.

Anonyme a dit…

As salam Ratna,

Saya adore sangat roses, mohon copy gambar2 roses nya utk penghias wall paper di pejabat saya.

bintangjauh a dit…

Wa'alaikummusalam dan salam kembali,

iya, sila-silakan... Ratna izinkan dengan seikhlasnya.

Salam mesra semanis madu.