mercredi 5 juin 2013

Spring cheesecake...

| |


 

Susulan gambaran cheesecake yang ber-saiz sederhana besar yang dinyatakan semalam Insya'Allah kemungkinan akan diperagakan dan voilà... serasanya pagi tadi semangat untuk merias agak kurang, jadinya setakat yang sebeginian sahaja yang termampu...


 Ditepi tebingnya cake ada lah gabungan mascarpone cream & crème chantilly bercampuran dengan sesudu dua jamnya rapsberry sebagai pewarna menjadi warna pink lembut lantas di tekan-picit sebegitu sahaja yang dikolamkan sedikit bagi menakung framboise/rapsberry jamnya CintaJL.


 Sebagai penyeri hanya sekadar taburan bebunga Marguerites yang cenonet comel dipetik dari celah-celahan rerumput...


Voilà !

2 commentaires:

Art Lover a dit…

Ratna..
Speechless.. Kedua2 kek nampak sungguh sedap. Nyum nyum!

Anonyme a dit…

walaupun kononnya bagi Ratna sekadar gitu-gituan hiasan..tp hasilnya mengkagumkan..orang tua kata kalau tangan berseni..sentuh apa pun cantik..Rose