samedi 13 juillet 2013

Gambaran makanan sukar untuk diperagakan..?

| |


Bulan Ramadhan samasekali berpadan dengan juadah makanan & manisan juga minuman yang beraneka rasa, rupa dan jenisnya dimana pada setiap hari akan diperagakan sama'ada untuk berbuka atau pun bersahur pasti bertempek-tempek cantik tatkala dihidangkan diatas meja...

Tidak lah dapat Ratna bersaing tayang-menayang dengan semua para bloggers sekalian karena semahunya Ratna makan berhidang sehendaknya berias menarik dengan semenggahnya oleh itu persediaan tersebut memakan masa & waktu dan tidak lah sempat untuk Ratna merakam kan apa sahaja sebagai gambaran... sebagai penawar dan pengganti... hanya sekadar gambaran photos kembang bunga-bunga mekar yang berwarna-warni berkembangan dengan megahnya, disamping itu buah-buahan yang ada ditaman sedang sebok membesar dan begini lah suasana disekitaran taman halaman dengan kebesaran nature semulajadi tumbuh menumbuh diatas kehendakNya yang maha Pemurah, Alhamdulillah...


Serumpun bunga Lys kuning diraja sudah mengembang... 

 terletak duduk sebuah pasu berkayu empat persegi disudut tepi kolam renang.

 Ada berwarna kuning diraja juga orange kemerahan galak berjiran bersama.

Sekian lama sabar menanti bunga-bunga Lys ini membuka kelopaknya dan kini mengembang mekar tampak cantik sekali menyerikan suasana bermusim panas...


Begitu juga dengannya Lavandre de Provence yang berbau harum mewangi, semakin menjingga unggu warnanya...

sebaris 5 pokok Lavande/lavender yang ditanam dilereng tepi terrasse/patio bercelahan dengan sekelompok pokok-pokok bunga mawar.


bunga biru ini dengan sang lebahnya...

Mawar berwarna taupe lembut yang berbau haruuuum sesungguhnya laksana berada nun diatas kayangan lapisan ketujuh jauhnya...!

cantik menawan rupaparasnya.

Yang ini namanya kok apa? sudah pun berbunga rimbun..!

Yang ini juga namanya apa? tumbuh dibawah teduhan pokoknya Tilleul.
Menanam itu dan ini namun selepas itu kok terlupa.. !

Laurier Rose juga sedang semarak kembangnya...


Adore terhadapnya !

Terdapat 3 pasu pokok Laurier Rose dengan warna yang berlainan yaitu putih, pink dan merah dimana yang putih dan merah baru sahaja naik mengembang...

Bunga-bunga Géranium yang sengaja dipelbagaikan warna-warninya bersama didalam sebuah pasu memanjang duduk bertenggek dihadapan sebuah pintu yang tidak lagi digunakan sebagai keluar & masuk, salah satu pintu dirumah outbuilding.

Hidrangéa baru terbuka kelopak-kelopaknya yang mengembang mekar...

Bebunga marguerites cenonet yang bertaraf liar tumbuh dengan sendirinya.

dibiarkan tumbuh sebagai penambah seri...

 
Buah-buahan juga kini semakin membesar, seperti buah Poire/pear.

Buah Pommes/apple reine des reinettes dihadapan taman banyak rimbun bebuahnya.

Dua sejoli.

Pomme Gala, nanti akan memerah menyala !

Voilà.

Header sudah ditukar sebagai petanda bermusimnya panas, yang Tengah membantu mengubah-suaikan header tersebut yang kini tampak meriah & ceria warna-warninya, enfin c'est l'été.. !

1 commentaires:

azieazah a dit…

Saya pun tak sempat nak snap gambar apa yang saya masak. Bagi saya, lauk pauk wpun tak cantik, plating tak menyerlah, asal sedap dan bersih kami sangat enjoy.

Wahh cantiknya bunga-bungaan di musim panas.

Selamat berpuasa, Kak Ratna.