jeudi 25 juillet 2013

Intisari yang padat...

| |


Dari hari kehari dimusim panas ini suasana musim percutian yang bersamaan dengannya bulan Ramadhan nan mulia serasa begitu nyaman... meski pun ada hari-harinya bahang panas nurcahaya terasa yang amat sesungguhnya...

Dan, selang hari kehari suasana ditaman halaman bertukar indah dengan kembangan bunga-bunga yang berlainan rupaparasnya juga warnawarni nan gemilang... lepas satu, satu mengambil bahagian untuk memperagakan kecantikkannya yang tidak boleh disangkal kan lagi...


Didahului dengan gambaran ini, sang rama-rama elok menghinggap diatas selembar daunnya pokok bunga matahari yang bersaiz cenonet, adore photo ini...

 Sekuntum mawar berwarna taupe lembut yang berbau harum mewangi.

 Setangkai bouquet bulat mawar merah menyala baldu terlentok sedikit mengapung berat dengan kuntum-kuntuman bebunga mawar yang sarat namun cantik.. !

 Tidak perlu digubah bagai sudah lengkap jambangan bunga mawar ini.

Seterusnya gambaran photos méli mélo dengan pelbagai jenis kembang sebagai penyeri harian...


Begitu juga dengannya tanaman sayuran dikawasan Potager sudah bermula memberi rahmat dengan hasilnya  yang kini sudah dirasmikan sebagai juadah pembuka puasa, Alhamdulillah...

 Courgette/zucchini sudah cukup besarnya, lantas dipetik...

 inilah hasilnya, perbedaan antara yang dibeli dengan yang ditanam sendiri begitu ketara sekali yaitu rasanya manis dan isi buah courgette ini begitu lembut lunak pabila sudah dimasak dimana yang dibeli seringkali tawar rasanya dan menjadi lembek lagi berair tatkala dimasakkan.. !

 Fenouil/fennel juga sudah dirasmikan.

 Begitu juga dengannya kobis.

 Rimbunan tanaman sikacang buncis,

 yang kini sedang sarat berbunga,

 bunga-bunganya, dan tanaman yang pertama sudah boleh dipetik.

 Buah-buah tomate juga sedang membesar...

 Tomates cerises/cherry tomatoes pun cantik membesar...

 Sejuntai buahnya anggur, seperti biasa seawal pembesarannya begitu banyak sekali... semoga pada tahun ini akan bertahan sehingga ditahap ranumnya karena penyakit bercendawan sering menyerang dan sang burung-burung juga suka benar cotok-menyotok menikmati bebuah anggur ini.


 Sang rama-rama lagi.

Se-bouquet bunganya Géranium merah baldu, adore phto ini.

Sebidang empat persegi ada lah kawasan khas untuk bunga-bunga kembangan yang bertaraf Vivace/perennial ditanam dihujung halaman, dimusim dingin duduk diam dan seawal musimnya bunga akan menumbuh perlahan sehingga menunjukkan keindahannya yang semulajadi.

 Jangan ditanya keatas nama-namanya bebunga ini karena setengah & separuh darinya kok lupa.. !


 



 Terdapat pelbagai campuran tumbuhan Vivaces/perennial itu dan ini digabungkan mengikut citarasa pancaindera !

 Yang ini Zinnia, ditanam baru ini maka itu ingat jelas namanya.

Lavande de Provence/lavender merimbun sarat dengan tangkai-tangkainya yang lebat sekali.



  Ooh là là là... bunga-bunga Glaïeul kini sudah kembang-mengembang...

 Dibawah redupan pokoknya Tilleul,

 mengadap sebidang terrase/patio,

 
 setiap kali mengerling kearahnya serta-merta teringatkan Papamertua karena tumbuhan bunga Glaïeul yang di-adore olehnya.

 
 Laurier Rose putih juga sedang sarat berbunga cantik bersebelahan dengan Laurier rose berwrna pink lembut.

 Bunga-bunga mawar berbunga tanpa henti, 

 cantik bersama dengan pelbagai warnawarninya...



 Dan Honey Aristocat juga memainkan peranannya yang senantisa menemani dimana sahaja sambil memerhati karenah BintangJauh tatkala mengambil photo...

 Duduk diam dengan sopannya... Voilà !

7 commentaires:

azieazah a dit…

Sejuk mata tengok bunga-bungaan yang indah bekembang lagi mewangi. Kalu dapat duduk berbaring di rumput yang lembut sambil berteman bunga yang indah lagi wangi... ahh... nikmat. Sambil membelai bulu tebal si Honey Aristocrate tuh...

Cik Eka a dit…

seronoknya tengok. best. segar rasa mata melihat tanaman sis rat.

amboi si honey tu. kemain jelita lagi

yasmin nana a dit…

Subhanallah. cantiknya ciptaan Allah swt. suka benar tgk hasil2 tanaman kakak. bunga2 kakak. sungguh rajin kakak. saya juga peminat bunga2. tapi..akibat kerja...semua dah tak terjaga. sob...sob... salam perkenalan buat kakak daripada saya yasmin, Miri, Sarawak, Malaysia. nun jauh d sana. bleh visit my blog at ysuzanna.blogspot.com. terima kasih kak.

Jun Cupcakekasih a dit…

assalamualaikum sahabatku Ratna yg dikasihi,

Saat hati tertanya-tanya adakah diri ini layak menikmati ajaibnya Lailatuqadar, menunggu di pekat dini hari, meninjau-ninjau di jendela. Sunyi sepi saja yang menyelimuti alam. Siapalah diri ini untuk dianugerahkan malam semulia itu di sisi Allah. Tapi setidak-tidaknya hati terasa tenang dan redha. Semoga satu saat kita dapat bertemu Lailatulqadar. Kita yang terpilih. Dan menemui mu di alam maya juga sebuah anugerah, yang ditakdirkan untuk menikmati cantiknya lamanmu Ratna. Tidak dapat dibayangkan indahnya taman syurga kerana menelusuri lamanmu yang cantik.indah loka ini juga sudah cukup membuat hati terpaku. Terpana. Warna kembang puspa penuh pesona. Pasti harumnya menusuk sukma. Salam Ramadhan sahabat ku yang jauh.

Bintangjauh a dit…

Salam AA dan Cik Eka,

silih berganti tumbuhan pokok bunga yang ditanam berbunga kembang mengikut gilirannya dan begitulah seterusnya penyeri semulajadi yang sememangnya ketenangan lembut dirasai senantiasa... Alhamdulillah.

Salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Salam perkenalan kembali buatnya Yasmin Nana dan terimaKasih segunung tinggi datang menyapa lembut di-blog nya Kakak Ratna... sedari menetap dikampongulu yang dianugerahi oleh sebidang tanah nan subur maka ayuhlah berbakti kepadanya semoga hasilnya itu memberi pengajaran juga kesedaran bagi merendahkan diri bahawasanya kebesaran nan Pemurah itu hanya dariNya Subhanahu Wa Ta'ala...

Salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikummusalam dan salam kembali buat Jun yang budiman lagi dikasihi,
Semoga-moga hendaknya... hanya yang dikehendaki sahaja yakni yang terpilih itu akan dimasukkan kedalam golongan yang diberkati olehNya Subhanahu Wa Ta'ala... Kusyuk dan tawadhu' senantiasa didalam setiap amal ibadah tanpa gangguan apa-apa pun maka sempurnalah fardhu-fardhu wajib itu dikerjakan mengikut syariat Islam(Syariat Islamiyyah)yang begitu lengkap sebagai panduan dan aturan bagi kehidupan yang sekadar dipinjam... pabila itu semua dapat didalami demi karenaNya, Insya'Allah cahaya airmuka akan menyerlah lembut, tenang dan mesra manisnya yang senantiasa menyumbangkan senyuman yang datang dari sebuah nurani nan luhur sesungguhnya...

Jun, dikampongulu yang bertaraf kawasan pertanian ini lah yang Ratna pilih sebagai tempat terakhir penetapan Ratna disini Peranchis yang Ratna jadikan sebagai tempat yang subur bagi menyaksikan KebesaranNya pada setiap saat dan hari demi hari berlalu yang Ratna perindahkan dengan tumbuhan yang terpilih mengikut kecantikan yang istimewa bagi pancaindera juga dengan tanaman sayuran bagi hasilnya yang datang terus dari laman... dengan kuasa yang semulajadi ini menakjubkan Ratna pada setiap kali melihat kearahnya lantas merasa diri begitu kecil nian yang tidak setanding lansong berada disisiNya, maka itu Ratna beringat-ingatkan diri siapalah diri ini yang zahirnya hanya lah ciptaannya semata yang diberi amanah & amanat yang semestinya dipertanggungjawabkan seiring dengan akhlaq mahmudah,taqwa dan keimanan yang tidak berbelahbagi ...

Salam Ramadhan juga buat Jun sahabatku nun disana...
Salam mesra semanis madu.