lundi 22 juillet 2013

Kepada yang berminat...

| |






 Terlebih dahulu sediakan chocolat ganache yang memerlukan bahan-bahan seperti berikutnya

250 gm chocolat
25 cl crème fleurette/whipping cream
25 gm butter

Didalam sebuah periuk yang tebal datarannya gelegak-didihkan cream sehingga menaik tinggi dan serta-merta padamkan api, humbankan kepingan chocolat didalam cream tanpa dikacau yaitu biarkan ianya mencair dengan sendirinya sekitaran 8 menit kemudian dengan spatula kacau selembut mungkin sehingga tampak berkilat teksturnya, pabila suhunya ditahap suam masukkan kepingan kiub butter dan kacau lagi dan ketepikan ditempat yang tidak panas suasananya disamping itu sekali-sekala kacau lagi adunan ganache, dengan berbuat demikian tekstur ganache akan bertambah lunak.

 Bahan-bahan ramuan untuk basic pastry crust

150 gm biscuit sablés biasa
100 gm biscuit sablés ber-cereal
80 gm butter masin cair
bijian vanilla
1 sudu besar/30 gm bijian chocolat

buah-buah berries sebagai penyeri hiasan juga penambah rasa.


Blender kedua jenis sablés, didalam sebuah mangkuk adunkan sekali serbuk sablés, vanilla dan butter yang sudah dicairkan dahulu dan gaul adunan yang diakhiri dengan campuran bijian chocolat, didalam acuan "circle round dessert tin" bentukkan seperti tarte/pie shell sama seperti base untuk cheesecake dan bakar selama 10 menit 160°C. Keluarkan dari oven dan biarkan menyejuk sepenuhnya, setelah itu isi-sudukan chocolat ganache kedalam kolam tarte/pie shell sehingga diaras tebingnya tarte dan sejukkan didalam peti es supaya memejal... hanya kemudian sebelum dijamu hias rias tarte ber-ganache dengan bebuah berries menurut citarasa memasing... voilà !



Selamat mencuba dan semoga berjaya dengan sejahteranya.

2 commentaires:

azieazah a dit…

Geramnya tengokkkk...! Pos sebiji balik Msia...! hehehe

Anonyme a dit…

Salam Ratna,thank you for the crust's recipe.InsyaAllah nanti knur cuba..Terliur knur tgk...yummm...