mercredi 3 juillet 2013

La Pluie...

| |




Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar bekerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua rindu...lagi..
Rindu.... lagi...

Sudirman.


 Kerusi-kerusi panjang/sun lounger dikolam renang pun samasekali kebasahan dek hujan...

Suasananya nan monyok...

Bunga-bunga mawar kembang tampak segar setelah direnjis halus oleh titisan air hujan dari seawal pagi tadi.

 Begini lah setiap kali hujan turun dimana meja & kerusi ditutup lindung oleh pembukus khas untuknya supaya tidak terbasah.. ! Parasol/sun-shade payung teduhan juga ditutup kuncup petanda nurcahaya berselindung dibalik langit nan kelabu...

Hari ini hujan turun renyai-renyai halus... langit kelabu walhal semalam membiru cerah sebagai bumbung nan luas dan indah ceria warnanya, namun... 

Musim panas yang tidak sepanas mana rupanya, bersilih berganti dengan suhu yang sekejap naik dan kemudian turun, semalam suhunya ialah 27°C panas nan nyaman dan hari ini suhu menurun 22°C... terkurang serendah 5 bermakna dingin lembut suasana yang lembab membasah lantas lewat petang semalam terus membungkus tutup kembali meja makan diterrasse/patio supaya tidak terbasah dek air hujan yang akan menitis seharian ini...

2 commentaires:

Arf Fiza a dit…

kadang hujan buat kita rindu...iya kan kakak bintang jauh?

Art Lover a dit…

Sesudah hujan amat menyenangkan suasana.
Ratna..selamat menyambut Ramadhan Mubarak.