dimanche 7 juillet 2013

Sayur sawi goreng...

| |


Peristiwa mengenai kobis cina yang diingatkan selama ini adalah sayuran yang ditanam namun rupa-rupanya tertukar oleh sayur sawi semasa dibeli dari Jardinerie pada pertengahan musim bunga lepas... akan tetapi dengan kesilapan tersebut serasa bersyukur karena dapat merasai kembali masakan sayur sawi setelah sekian lama tidak menjamunya walhal ada dijual disini namun kok mahal sekali dengan jumlah yang sejemput dan tidaklah wajar hanya sekadar untuk melayan selera semata... seperkara lagi sayur sawi bukan lah sejenis sayur yang di-idamkan selalu !

Pagi tadi ke Potager terus memetik se-bouquet sayurnya sawi, seperti yang disarankan oleh Kak Nur diParis... ooh là là là.. chic alors.. ! sediakan masakan yang senang lagi cepat disempurna namun rasanya yummy...

 Se-bouquet  sayur sawi yang berbunga kuning diraja nan segar dari Potager.

 Voilà...kejadiaannya gorengan sawi yang berbumbu udang didalam sebuah kuali, digoreng agak layu karena disini Peranchis sukanya begini, kalu sayur hijau dimasak dilebihkan kelayuannya... kelihatan bebunga sawi menyerikan lagi gorengan ini yang tampak biasa sahaja, salah satu sajian makan tengah'hari tadi dimakan tanpa nasi sukanya dimakan sebegitu sahaja sebagai entrée.

Tatkala menyuap suapan pertama CintaJL terus mengesahkan bahawa ianya begitu nyata sayur yang tertanam ada lah sawi !

Seolah tidak percaya bahawa hari ini dapat merasa kembali sayurnya sawi, Alhamdulillah...

4 commentaires:

Anonyme a dit…

Alhamdulillah...Kak nur tumpang gembira...sawi adalah sayur kegemaran Kak Nur...Nampak begitu enak gorengan sawi berserta udang yg Ratna sediakan...miam miam...

SriKota Garden a dit…

Salam Ratna

Kalau nak benih saya saya boleh poskan, benih sawi saya terlalu banyak sekarang ni.

Cik Eka a dit…

sini pagi sis, pukul 9.34 am.

Eka ras amcam lapar tengok sawi ni. tumis dengan udang.

teringat ada sayur sawi dalam peti es.

hihihihi

eLL a dit…

sis rat,

segar sungguh sawinya, cuma saya kurang gemar sawi...

selamat menyambut ramadhan sis.