samedi 6 juillet 2013

Weekend bernama musim panas...

| |


Hari ini, sesungguhnya benar dan nyata buat pertamakali semenjak bermulanya musim panas bersuhu tepat dengan namanya yaitu musim panas yang telah dimaklumkan bahawa suhunya ialah 31°C dalam beberapa hari ini... Alhamdulillah kepadaNya yang maha Pemurah dan maha Adil sesungguhnya, seamat sangat kuhargai dengan sepenuh kesyukuran yang diperolehi pada hari ini dengan suasana nan nyaman setelah mengharungi keadaan cuaca yang tidak ketentuan.
 Panas nan lembut... pancaran jernih menyerlah sinar nan berkilauan cahayanya begitu terasa suasana dikampongulu yang berbumbung sebidang langit nan luas lagi biru tampak ceria... apatah lagi berbau harum mewangi bagai semburan parfum sibunga kasturi ditaman halaman yang diserikan oleh kembang mawar nan cantik...

 Pagi semalam, bungkusan khas untuk meja & kerusi diterrase/patio sudah dibuka kembali petanda menyambut udara nan nyaman yang berkilauan jernih...

  Dari semalam kok Honey Aristocat bertukat tempat istirehatnya, tidak bobok ditempat beradunya yang sekejap diruangtamu atau kemudian beralih diatas kerusi nan empuk... enggan didalam rumah karena kini bersuhu hangat !

 Seterusnya gambaran photos aksi-aksi Honey tatkala beristirehat dibawah teduhan pokok Buis/boxwood mencari udara nan nyaman...

 Posisi istirehatnya sering bertukar !

 Lena boboknya...

 Serasa sayu dan sayang terhadap sifat anak kucing yang sememangnya tampak manja senantiasa meski pun ketika bobok...

 Akan bersambung...

Seterusnya, peragaan perkembangan tanaman sayuran di-Potager, yang kian tampak menumbuh dengan suburnya, Alhamdulillah...

 Anak bujang Sulong memotong rumput tadi, kini halaman tampak kemas dan rapi dimana sebelum ini tampak berserabut sahaja lagi-lagi hujan turun setiap selang sehari jadinya rerumput menumbuh dengan pantasnya...

 Rupaparas tanaman pokok ubi kentang yang semakin membesar naik tinggi parasnya...

 Bunga-bunga ubi kentang yang mekar berkembagan.

 Buat pertamakalinya menuai ubi kentang, pesannya Ibumertua kalu trigin merasai ubi kentang yang masih muda elok yang amat dituai sekarang...

 
pada pagi tadi CintaJL pun menuai sambil yang Bungsu memegang bekas untuk di'isikan dan BintangJauh pula sebok mengambil photos.. !

 Pertama kali melihat ubi kentang nyata senyatanya yang datang terus dari kawasan tanaman sendiri, dan ini lah hasilnya...

 Alhamdulillah... berbakti kepada tanah dan hasilnya begitu lumayan dapat menjamu sayuran nan segar lagi bio/organik, seperkara lagi ubi kentang segar dan muda elok sangat di-sauté sahaja (pommes de terre sautées) yang dimakan bersama hidangan salades vinaigrettes nan segar yang dipetik sama semasa menuai ubi kentang tadi.

 
Se-bouquet salade.

Voilà, makan berhidang tengah'hari tadi yang sederhana namun yummy.. !

Tampak segar sesungguhnya.

 Ber...Syahadah, mengucap-lafadz dua khalimah Syahadat berselangseli dengan ya ampunnya.. ! yang selama ini ingatkan sayur kobis cina, rupa-rupanya... kok pokok sawiii... iya sawi !!! ya ampun maha keampunan... kok gemuk rupaparasnya yang berdaun lebar sebesar dunia...
iya yang benar !

 untuk memastikan iya benar sayurnya sawi terus merujuk di-Google, nah.. iya sayur pokok sawi yang selama ini menumbuh dan CintaJL berkata pasti di Jardinerie sudah tertukar tempat dek pelanggan yang memilih tanpa meletakkan kembali tempatnya yang sebenar, oleh itu bercampur aduk.. !

Kalu dari dahulu lagi dapat mengenal pasti bahawa setelah membesar  ianya ada lah sayur sawi dari dahulu lagi sudah memasaknya... patut lah dari hari kehari kok kobis cina ini tidak naik melonjong  bentuk rupaparasnya, rupanya bukan sikobis cina...

 Salade laitue batavia rouge Grenobloise.

 Iceberg salade.

 Beraneka salades.

 Salade laitue batavia.

 Gimana mahu dimakan dedaun sawi yang melebar besarnya, berbunga lagi... boleh kah dimakan ?

 Kobis semakin membentuk rupaparasnya.

 Serupa kelopak bunga, cantik mengembang...

 Kawasan tanaman pokok-pokok tomates yang semakin membesar.

 begitu juga dengan tanaman kacang buncis...

Voilà.

4 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Ratna...alhamdulillah dgn cuaca musim panas yg terang dan nyaman.Seronok tgk Ratna menuai kentang,pasti rasanya sedap sekali.Berbudi pd tanah tak akan rugi...Ratna..cemburu Kak nur tgk pokok sawi yg segar bugar tu.Lucu membaca reaksi terkejut Ratna..haha..Sedap tu Ratna kalu digoreng begitu aje dgn bwg merah dan garlic.Goreng sekali dgn bunga2nya..Sedappp...
Bonne weekend utk Ratna dan keluarga...

SriKota Garden a dit…

Salam Ratna,

Sejuk mata memandang taman awak.

Angah a dit…

fresh...giler kentang tu...

Cik Eka a dit…

minggu lepas, ke pasaraya. beli ikan & sayur. Seraya itu, teringat sama potager sis rat. kan seronok kalau ada potager seperi sis rat. hihihihi.

segar bugar semua