mardi 6 août 2013

Diambang Syawal...

| |



Hanya sekadar ini sahaja yang sempat disempurnakan sebagai penyeri & syarat sempena menyambut Syawal nanti.

Alhamdulillah... sempat juga Ratna selesai & sempurnakan biskut-biskut raya sebagai syarat & penyeri sempena menyambut hari Kemenangan nan gemilang kepada yang berjaya melengkapkan fardhu puasa yakni Ramadhan dengan sejahteranya...

Seharian Ratna mengadap ketuhar panas membahang yang seiring dengan suhu cuaca nan panas terik disini Peranchis... gagahkan kudrat demi syarat itu akan menjadi kenyataan dan seharian juga rumah diharum-wangikan oleh haruman aromas yang memikat selera dan entah mengapa kok ter...sayuhiba rasa perasaan tatkala ter...kenang kembali sewaktu bersama Moyang...
 Azan Maghrib hampir menyahut berkumandang namun diri ini begitu sebok diantara menghidang juadah bakal berbuka puasa serentak dengan sewaktu yang asyik bertembung-tembung (mana mahu siapkan air minuman, mana mahu dikacau tanpa henti rendang dan kuahnya kacang !) mengacau rendang hampir pekat kuah-umbunya yang sedang garang memercik laksana "lava sigunung api" sampai terpercik kena ditangan atau dilengan yang sesekali cuba menempis darinya namun kayu api yang menyala merah kok kuat kuasanya jika dibandingkan dengan dapur zjaman moderan... ada tetamu pada hari tersebut, kok sombong orang-orangnya... azan Maghrib berkumandang, ketika itu masih mengadap sikuah kacang juga sirendang ayam dan daging, dan para tetamu bermula memecah puasa namun tiada seorang pun menyahut memanggil supaya berhenti kecuali Moyang yang tanpa henti memanggil dan menyahut namanya diri ini datang untuk berbuka puasa, sebak didada tetiba dirasai sayu sesayunya... begini rupanya anak yang ditinggalkan nasib untungnya dipandang rendah... terus kusapu lelehan airmata secepat yang mungkin, sebagai menghormati sahutan Moyang terus masuk keruang makan, kucapai segelas air kosong didahului dengan bacaan pecah puasa seteguk dua sudah memadai karena tidak sanggup melihat jelingan mata-mata para tetamu yang mengerling nyampah tanpa seorang pun bersuara mempersilakan diri ini menjamu juadah yang dibawa dari sana bersama dikalangan mereka semua.


Terasa bahu disentuh oleh Moyang, memandang lembut dan ngerti airmata bergenangan dikelopak sepasang mata nan pilu dihati berlawan dengan keringat yang meleleh didahi yang sudah merah dek bahang kayu api yang sekali-sekala bara-bara merah dikuis-ketepikan sedikit bagi mengurangkan tahap kekuatan bahang api nan garang.. ! Moyang berkata "yok makan, jangan begitu, kan Jelita kini bertambah keremping.. sekurangnya makan sedikit alas perut dahulu".. terus menjawab biarkan selesai sempurna kerjaan ini, nanti-nanti sahaja... Moyang pun berlalu dan para tetamu buat tidak tahu walhal mereka semua adalah anak dan anak menantu dan cucu-cucunya Moyang yang sebaya usiaumurnya dengan Ratna namun cucu-cucunya Moyang enggan berbual mesra apatah lagi datang menjengok diluar ketika diri ini bertarung dengan kuah kacang dan juga rendang yang semestinya diberi perhatian sepenuh masa jika mahu kejadiannya tampak manis, begitu lah katanya Moyang masakan yang tampak cantik elok masaknya ialah yang tidak hangit atau berkerak adalah masakan yang manis...

Kini dan ketika ini disini, setiapkali berhari raya kenangan pahit itu sudah sekian lama ditinggalkan jauh... dan berikrar pada diri semoga hendaknya senantiasa berbelas kasihan terhadap semua lagi-lagi kepada yang memerlukan bagi meringankan bebanan hidup meskipun diri ini ditahan dari mempunyai sesuatu itu boleh ditunggu karena didalam arti kehidupan seharusnya ngerti bahawa ada masa dan ketika kita mesti memberi dari menerima... itulah sebaiknya.

Meskipun kudrat tenaga dikerah seharian semalam bagi menyempurnakan 3 jenis biskut raya secara serentak yaitu lepas satu, satu dan akhirnya selamat sejahtera biskut sebagai syarat dan penyeri ada terserlah disusun rapi didalam setiap balang-balangnya...

 Serasa kian dekat nian Syawal  nan mulia.

4 commentaires:

Kak Rose a dit…

hiba sungguh kisah lama tu ya Ratna.... tinggalkan jauh2, simpan saja sebagai kenangan n lesson dalam menempuh kehidupan kerana itulah yang mematangkan hidup kita... bergembiralah kita menyambut kehadiran Syawal nan mulia.

Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin buat Ratna dan family dari kak rose sekeluarga juga

angahPJ a dit…

salam ratna, kenangan.pahit biasanya memg payah kita lupakan. akan tetap bermain di minda kita saban tahun, tp insyaalah ianya akan menjadikan kita lebih kuat. esok kami di sini akan menyambut hari raya,
salam kemaafan saya pohon . moga syawal disambut meriah di sana.

selamat hari raya buat ratna sekeluarga

Angah a dit…

salam lebaran, maaf zahir batin

Bintangjauh a dit…


Salam Kak Rose,

Sama-sama kembali Kak Rose, sejambak ucapan kepada Kak Rose & seisi keluarga Selamat menyambut HariRaya AidilFitri dan bermohon kemaafan zahir & batin diatas segala kekurangan layanan atau membalas apa sahaja komentar yang tercuai untuk dijawab kembali selama ini...

Kekadang itu, tatkala berdepan dengan sesuatu seperti seharian Ratna mengadap ketuhar yang panas tetiba terusik oleh kenangan nan silam dan kok Ratna ter...sayu tanpa sengaja !
Dan kenangan tersebut Ratna jadikan sebagai pengajaran keatas diri ini supaya akan senantiasa menginsafi seiring dengan pembawaan sebuah kehidupan yang dijalani bahawa Ratna tidak berkelakuan sama seperti mereka itu, Nau'zubillahi Minzalik... karena hanya kepadaNya Allah Subhanahu Wa Ta'ala tempat Ratna mengadu nasib dan untung dimana sedari selama bersama Moyang tiada sesiapa pun yang sudi berbual mesra dengannya Ratna dan hanya kepadaNya Ratna berbisik-bisik lembut meminta pohon menguatkan hati dan bersabar teguh demi mengharungi hidup sendirian... Alhamdulillah, saat ketika sehingga waktu ini Ratna tidak sesekali lemah atau pasrah bagi menjalani apa sahaja namanya sebuah kehidupan karena Ratna berpaksikan kepada kesederhanaan yaitu menerima hidup ini dengan seadanya, Amin...

Salam mesra semanis madu.