jeudi 29 août 2013

España - El Perello

| |


Percutian istirehat dimusim panas yaitu cuti yang terpanjang/terlama didalam keseluruhan cuti setahun dan inilah percutian yang terpaling dihargai karena kurniaan cuaca suhu nan panas, bercahaya gemilang lagi nyaman senyaman yang amat...
Buat kali ini destinasi dipilih sepakat kata & hati oleh seisi keluarga setelah banyak negara yang dipangkah diatas sebab-sebab yang dinyatakan oleh kementerian luarnegari/Ministry of Foreign Affairs buat seketika ini perlu dihindari dari bercuti kedestinasi tersebut.

España/Sepanyol yang dipilih... walhal sekian lamanya negara ini dipandang ringan sebagai destinasi percutian, mengapa? katanya CintaJL, tidak jauh... melintas seberang sahaja, bilamasa boleh pergi dengan kenderaan sudah sampai.. ! kok gitu... 
Nah... benar yang amat kenyataan dari CintaJL, sejauh sekitaran 700 km dari gate-nya rumah sehingga tercegak dihadapan perkarangan hotel kok tidak terasa jauhnya ! mengapa? ooh là là là... sejauh perjalanan dianugerahi oleh permandangan nan indah lagi permai dengan cuaca nan gemilang, mahu apa lagi... segalanya sempurna dan tidak sepatutnya merungut terhadap benda-benda yang kecil yang sememangnya jarang bertembung... !

Alhamdulillah, istirehat yang bertaraf damai.. tenang setenang air biru dilaut yang biru dek kebiruan langit nan biru lantas memilukan rasa didalam tenang yang terpencil rasa keadilan/keamanan sebuah hidup yang masih tidak terjamin lagi (kepada negara-negara bangkit kembali yang masih bergasak demi kemerdekaan/keadilan dan hak asasi samarata yang sekian lama dibutakan oleh pemerintah mutlak dipuncu oleh "an authoritarian and monolithic system" ) ...

Masih ditanah Peranchis...

Tatkala menyeberang lintas diantara dua sempadan Peranchis dan Sepanyol, sudah ditanah Sepanyol...

Dihadapan perkarangan kaki pintu hotel. Pepohon pokok-pokok zaitun/olive semestinya ada tampak kelihatan dimana sahaja disetiap penjuru ditanam sebagai simbol kawasan perkampongan terpencil ini...

Seterusnya gambaran photos dalaman bilik kamar bobok yang berdekorasi kemas dan minimalist dengan gabungan decor dipersekitaran luar semi zen tampaknya...















Seterusnya, gambaran photos disetiap penjuru sekitaran halaman hotel juga ditebing pantai dan air laut nan biru...

Pepohon pokok zaitun sebagai/menjadi saksi disetiap penjuru kawasan hotel mahu dikolamrenang...

Dikawasan redup untuk bersenanglenang yang mengadap terus keluasan laut...

Gambaran kolamrenang seawal pagi tanpa sesiapa pun...


Cuaca masih redup namun nyaman permandangannya terus dari balkoni kamar bobok...

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi para tetamu hotel terutamanya buat kanak-kanak riang dimana segala kemudahan lengkap untuk digunakan sebagai aktiviti disepanjang percutian.

 Dari balkoni mengadap terus kolam renang dan laut nan luas...
 Sebuah terrasse kepada sesiapa yang trigin menghirup secawan kopi dan sepiring biskut kering berbuah badam yang ranggup.

 Kawasan untuk kinder riang juga tennis court, gambaran dipetik seawal pagi subuh nan hening...

 Terdapat juga kawasan permainan Pétangue/boules yang disukai ramai terutama sekali tetamu dari Peranchis yang monopoli jumlah keramaian mendiami hotel ini.

dari dekat...

 Façade hotel yang mengadap keluasan laut, ditingkat atas/tingkat 3 terdapat sebuah kolamrenang hanya untuk tetamu kehormat sahaja...

 Kolamrenangnya... kelihatan nun disana laut nan biru...

 Seterusnya gambaran photos dipinggiran pantai hotel yang kecil kawasannya namun sudah mencukupi karena dianugerahi oleh keindahan yang bertaraf "carte postale".. !




 Saksikan lah gambaran photos ini tanpa penerangan...










 Dihujung taman halaman hotel terdapat pepohon zaitun disepanjang jalanan yang mengadap terus laut nan luas, alangkah indahnya permandangan yang digabung dengan cantuman hidup dan rekaan bagi melembutkan rasa perasaan...



Akan bersambung...