samedi 3 août 2013

Mon Jardin...

| |


A Garden is a friend you can visit anytime...

Terdapat 3 pasu tanaman pokok-pokok Agapanthe berbunga warna-warni yaitu putih, biru jernih dan biru keungguan yang berpasu bulat melebar dimana baru sahaja ditanam pada musim bunga lalu lantas terus berbunga dua tangkai sahaja, begitu juga Agapanthe putih yang hanya berbunga dua tangkai kuntuman...

 Agapanthe biru jernih terletak duduk disudut tepi kolamnya renang, kelihatan juga sepasu bunga Géranium merah menyala yang sedang rimbun membunga kembang...


Géranium ditepi pinggiran kolam renang.

Agapanthe putih.

Sang lebah sedang menghisap madu manisnya sibunga Agapanthe biru jernih ... kemain nian lagaknya sampai termasuk dalam kepalanya.. !

Bunga-bunga Chardon bleu/eryngium alpinim kini sedang mengembang.

Bebunga matahari cenonet kini semakin mengembang...

 Hortensia yang baru sahaja ditanam, masih muda tidak berbunga lagi yang berlatarbelakang dengan serumpun bunganya Lavande de Provence/lavender tampak berseri cantik !

 
Tuaian pertama pada seawal pagi tadi, petik memetik bersama CintaJL dikawasan Potager... les Haricots verts/kacang buncis aka French beans hasilnya begitu lumayan dimana jumlah yang dipetik tadi dapat 3 kg banyaknya, Alhamdulillah.


 Segar dan cantik sikacang buncis ini, masak apa sahaja sesuai dan enak sekali... digulai dengan ikan tenggiri, disauté tumis dengan udang galah atau telor... yummy !


Yang ini adalah tanaman yang kedua, dua tiga hari nanti sudah boleh dituai petik dimana pembesaran kekacang buncis begitu pantas !

Sebakul penuh kekacang buncis, sebenarnya ada lagi sebesen besar, yang ini hanya separuh jumlahnya...


sayang sekali dedaunnya tidak enak untuk dimakan kalu... alangkah bagusnya karena banyak merimbun dan subur cantik dedaun kacang buncis ini.

 Selamat sudah disimpan didalam peti es beku sebagai bekalan sepanjang musim sejuk  nan dingin nanti !

 Tomates cerises cenonet kini sedang mula meranum.

akan bersambung...

 Pagi tadi pergi kekawasan Potager tatkala CintaJL sebok menanam anak-anak pokok sayur leeks bakal musim gugur & dingin nanti dan teruskan mengambil photos untuk sambungan intisari entry semalam.... buah-buah tomates semakin membesar, yang ini jenis Cornue memanjang lonjong rupanya...

 banyak ditanam jenisnya Cornue karena rasa kerasaannya yang manis madu dan tidak banyak biji-biji didalam maka itu lebihkan tanaman pokok-pokoknya, yummy sebagai hidangan segar yaitu salade dengan cheese feta atau mozzarella.


 Yang ini pula tomates grappes.

 Voilà ! Akhirnya terjumpa di-Jardinerie pada 2 minggu lepas anak-anak sayur kobis cina yang kini semakin membesar, dan kelihatan susunan anak-anak sayurnya Leeks sebelum ditanam...

 yang dicucuk-tanam oleh CintaJL.

 Rimbunan buahnya anggur kian membesar, serasa geram setiap kali mengerling kearahnya...

 Se-grappes buah anggur cantik tergantung berjuntai sendirian.

 Semoga membesar ranum dengan sejahteranya tanpa sebarang penyakit ataupun menjadi pencuci mulut si-sang burung-burung yang sering datang cotok mencotok...




 Buah-buah Pear juga kini kian membesar, terdapat 5 pokok  yang tumbuh membelakangkan pagar tembok berbatu nan uzur...

 sayang sekali 4 pokok berbuah banyak namun kok berjeragat sebeginian rupanya namun itu hanya sekadar luaran karena isi buahnya maniiis...

 kelihatan jelas jeragat hitam yang bertompok dikulit buah pear.

Katanya CintaJL buah Pear meranum hanya pada bulan September nanti.. !

 Satu-satunya pokok yang mempunyai bebuah pear cantik bersih tanpa tompok-tompokan jeragat hitam !

           
 Cantik.

  Bebuah Apple juga serentak semakin membesar yang juga semakin menunjukkan warna merahnya.

 Gala namanya, nanti akan meranum merah hati...

 Yang ini la Reine des Reinettes, yummy sebagai pie atau tarte. Kelihatan langit membiru indah...

Berduaan sejoli erat bertindih !


Voilà.

3 commentaires:

i'm shin... i'm inesen a dit…

sedap nampaknya tomato tu.. shin suka mkn mcm tu jer.. cuaca kat sini x berapa mengizinkan utk menanam tomato.. pernah mak tanam.. tapi jangka hayatnya tak lama.. Alhamdulillah dpt juga makan beberapa kali..

azieazah a dit…

Kak Ratna, saya pun suka kacang buncis. Betul, tumis goreng dengan telur sedap, masak Lemak Cili Padi pun enak.

Bestnya ada kebun yang bagi hasil segara lagi berkhasiat camtu.

Selamat menyambut Aidilfitri, Kak Ratna. Maaf Zahir Batin.

hannah a dit…

sukernyer tengok hasil2 tanaman kak ratna....kak nak Tanya macam mana cara nak bg anggur kita berbuah lebat macam tu.....