jeudi 8 août 2013

Syawal nan Mulia

| |


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada sekalian para sahabat-sahabat, para bloggers juga para pembaca semua dimana jua berada ... Dihari Syawal nan mulia ini Ratna bersama seisi keluarga menyampaikan ucapan Selamat menyambut HariRaya AidilFitri juga memohon maaf zahir & batin diatas apa sahaja kesilapan dan kecuaian terhadap membalas segala komentar yang tidak Ratna jawabkan kembali, semoga sambutan Kemenangan ini disambut dengan meriahnya...

Dirumah masih tidak lagi merasmikan juadah raya berhidang karena CintaJL bekerja hari ini, seawal pagi tadi memecah Syawal dengan buah-buah kurma dan segelas air kosong, itu sahaja... malam nanti akan bermakan gadang, yummy.. !


Suara Takbir

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi
Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

 P Ramlee.

 Meja makan masih lagi kosong... menantikan bunga-bunga segar sebagai penyeri dan hanya akan menghidangkan juadah raya yang telah disediakan semenjak semalam lagi pada lewat senja nanti, Alhamdulillah segala persiapan disempurnakan dengan sejahteranya.

4 commentaires:

Mamasya a dit…

Slmt Hari Raya Aidilfitri buat RatnaJG sekeluarga.
sama kita beraya di perantauan.

Art Lover a dit…

Selamat Hari Raya AidilFitrai untuk Ratna searta keluarga. Maaf Zahir dan Batin.

Cik Eka a dit…

selamat hari raya sis rat.

Maaf kalau adalah salah dan silapnya

Anonyme a dit…

assalamualaikum Pn Ratna sekeluarga
moga dilimpahi barakah Allah sentiasa
selamat hari raya aidilfitri dan salam maaf zahir & batin atas salah dan silap.
Azie