mardi 10 septembre 2013

Belanjanya...

| |







Ceramic buatan tangan ini ada lah rekaan traditional lama dimana boleh dikenali melalui warnanya yang berlapisan glasir samar/glaze opaque, seni pembuatan tembikar dipelihara keasliannya sedari turun temurun lagi sudah diwarisi... dibeli juga meski pun CintaJL tidak begitu suka terhadap buatan barangan ceramic namun adore dengan kesederhanaan rupa dan bentuk sebuah bekas mangkok yang bermulut lebar sebagai tempat duduknya buah-buahan atau apa sahaja yang sesuai...

Selama percutian di España tidak berbelanja shopping sangat... berbelanja pun sekadar sahaja, sebagai syarat petanda ada kenangan...

Barang-barang sampingan khas untuk para pelancong tidak lansong dibeli karena CintaJL tidak suka, katanya membazir... bukan lama dihargai, nanti-nanti akan berkurung untuk selamanya didalam kotak yang bernama "reject items", makanya dimana sahaja pergi bercuti barang kenangan sebegitu sahaja tidak punyai, kecuali barang-barangan yang boleh dimakan, iya boleh sahaja atau barang hiasan yang berseni dimana buatannya datang dari hasil tangan penduduk tempatan...




 Belanjanya seperti beberapa jar minyak zaitun, madu lebah perasa orange, gula-gula semanis madu lebah, pasu-pasu cenonet buatan tangan, piring-piring lukisan tangan hiasan gantung juga kekacang bunga matahari yang sudah dikopek bakal biskut nanti.




 Semahunya kalu berbelanja membeli apa sahaja barangan datangnya dari usahawan dan petani tempatan, begitu dapat merasai hasil pembuatan yang asli dan tulin...





Ceramic dibeli disebuah kampongulu medieval dari perusahan pembuatan ceramic yang terkenal diSpanyol, minyak zaitun bersama madu lebah dan manisan gula-gula madu lebah dibeli diperkampongan El Perello yang diusahakan oleh agricultural cooperative tempatan.






 Gula-gula semanis lebah masih tidak dirasmikan lagi, anak-anak tidak suka... sehingga kini terbiar didalam bungkusannya...





Piring-piring ceramic ini dibeli dua sahaja, akan digantung didinding dapur bahagian sinki gitu boleh jeling-jeling atau merenung tepat kearahnya, adore dengan kombinasi warna-warni yang digabungkan bersama, tampak manis... Voilà, buah tangan dari España.









2 commentaires:

AZNI BINTI MAT ISA a dit…

Assalamualaikum Ratna,
bagus kehidupan seperti itu. Islam suka kan kesederhanaan. Dekni pun jika berjalan ke mana2 hanya melihat2 saja barangan, beli makanan dan banyak ambil foto kenangan. sangat berkenan dengan 1 perkataan iaitu barang2 yang di beli akhirnya duduk dalam kotak as a reject item. tq kerana entri mudah yang menginsafkan.
salam sayang. dekni.

Kak Rose a dit…

Salam Ratna....betul sekali nasihat Ratu Deb tu....kekadang kita lupa tentang kudrat yg perlukan rehat secukupnya....

Banyaknya stok jem tu...kalau dekat mesti tak malu2 nak mintak sebalang...he he he