mercredi 11 septembre 2013

Confiture de fruits d'Automne - Hiver...

| |







Ada sepokok sahaja, semasa berputik begitu banyak namun dek es sejuk melanda dimusim bunga banyak putik-putik muda bebuahnya terbeku, dan hanya yang kebal sahaja yang dapat bertahan maka itu tidak banyak jadinya... Buah-buah Prunes jingga/quetsches meranum masam lembut & manis rasanya, sudah dirasmikan makan sebegitu sahaja juga membikin  tarte aux quetsches yang digemari oleh seisi keluarga, disamping itu juga menyediakan sedikit jam, tidak dapat banyak karena banyak yang terjatuh sendiri dek terlalu ranum.




Hari ini,  sedari pagi asyik teragak-agak umpama tidak pasti mahu disempurnakan tidak bagi penyediaan jam sebagai simpanan untuk sepenuh musim dingin ini, buah-buah ada duduk diam didalam kotaknya, kemain belanja sampai berkilo-kilo banyaknya dibeli dari Sabtu yang lalu dan perasaan bagai diusik-usik supaya menyuruh dimulakan akan tetapi kudrat tenaga menjawab; nanti dahulu.. bagai ditahan-tahan kok begitu jadinya diri ini !
Lewat pagi tadi telpone Ratu Deb bertanyakan khabar, berbual mesra itu & ini dimana semuanya diselongkar mengenai agenda selama percutian semusim panas baru ini. Ditanya apakah sedang sebok dengan agenda dimusim gugur dan menjawab "kok semenjak buka sekolah bermula, serasa diri tidak bermaya walhal tidak penat dan boboknya lena sekali namun kok disianghari serasa layu gitu" Kemahuan untuk melakukan kerjaan rumah ada namun manakala ketika untuk dimulakan kok liat seperti cheewing-gum yang lama dikunyah sampai kenyal keras lagi liat semacam, iya gitu... liat semacam.. !
 Ratu Deb menjawab "usah dipaksa dera diri kalu rasa perasaan tidak disitu tujuannya, nanti pusing kepala dan akan penat tanpa alasan jadinya karena kita sering menyangka bahawa diri segar dan berkudrat walhal tahap tenaga dalam artikata kesebokan yang telah dilalui atau digunakan sudah melampaui dari tahap yang termampu oleh diri bagi menampung kemampuan sebenar seseorang itu dimana yang sebelumnya tidak diambil kira maka itu kudrat badan serasa lesu karena kudrat yang telah dipakai tidak setanding dengan kerehatan yang disangka sudah mencukupi untuk menampung keseluruhan tenaga yang terpakai selama ini, juga faktor pertukaran suhu dan musim memainkan peranan yang utama lagi penting yang seringkali diabaikan oleh semua karena pertukaran musim dan suasananya boleh meredup-muramkan rasa perasaan, demikian itu pengambilan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan minerals & vitamins amat diperlukan" Oh... gitu, iya yang benar ! Logiknya begitu luas diatas penerangan darinya Ratu Deb.
Maka itu dari saat dan ketika ini dengan kesungguhan nan utuh bagi menjernihkan diri dari kelemahan yang melembikkan kudrat dimana kekuatan minda yang punyai peranannya bagi membantu menolak/menampis segala yang bukan-bukan/negatives perlu berseiringan bersama supaya diri tidak dihanyuti dek kerasaan lesu...
 Makanya, menarik nafas sedalam yang mungkin buat beberapakali lantas mendiamkan diri seketika dimasa yang sama berarak turun menuju ke dapur...


 Dapat sebasin setengah sahaja,.





Sedang mendideh...






 Dapat 5 dan setengah jars sahaja.




 Bekas-bekas jars semestinya dahulu direbus sebelum digunakan...





 Dua jenis buah Prunes, yang besar kuning kemerahan ialah Prunes jaunes/yellow plums dan yang hijau ialah La Reine-Claude adalah sejenis prune yang digemari ramai disini Peranchis karena rasanya yang manis semanis madu dan juicy sekali, elok dimakan segar sebegitu sahaja sebagai pencuci-mulut.










 Gulanya...





 Voilà... sudah siap sempurna, Alhamdulillah...





Meski pun kerasaan penat bagai tiada taranya namun tatkala jar yang terakhir di-isi penuh, serta merta penat yang sekian lama dibendung... lenyap dengan sendirinya !






 Nanti-nanti akan menyediakan buah-buahan musim gugur yang semusim bersama karena tahun ini trigin sekali punyai simpanan jam dengan pelbagai jenis buah dengan pelbagai rasa, Insya'Allah.





 Pertama kali menyediakan jam berbuah prunes dan rasanya amat berbeda dari yang dibeli...





tiada tandingan rasa jam ini yang mewah dengan buah-buahnya dan seperkara lagi mengenai homemade-jam dari airtangan ialah tahap kemanisan/gula boleh dikurangkan mengikut citarasa  dimana yang dibeli kok manis menggigit gitu...

Voilà, agenda untuk hari ini.











2 commentaires:

Cik Eka a dit…

kalau berjiran. boleh minta sebalang dua sis.

kalau dekat sini, nak yang tak manis, beli kat cameron highland je la.

itu pun strawberry jer.

Chik Att a dit…

terliur dari jauh ....