jeudi 5 septembre 2013

España, Adios/hasta luego...

| |


Au revoir... Adios... selamat tinggal.

Sekitaran jam 12:00 tengah hari "check out" tanpa menoleh... karena serasa diri begitu gemilang, Alhamdulillah diberi rezeki dapat beristirehat bersama seisi keluarga.
Sering sekali akan menoleh sejenak seperti di-Greece atau Djerba Tunisia, namun kali ini tidak seperti duluan karena apa yang dirasai dibendung dengan sepenuh perasaan bahawa akan kembali lagi, Insya'Allah.

 Selama percutian disini El Perello dengan lawatan kesana & sini, kenangan lembut yang dirasai senantiasa sehingga kini ialah mengenai tingkahlaku penduduk orang Spanyol yang akan memberi ucapan "hola" yang dituruti dengan "buenos dias/good day/morning atau buenas tardes/afternoon juga buenas noches/night kepada sesiapa yang ditembung, ya ampun terkejut pada mulanya karena diucapkan selamat ini dan itu dari yang berumur nenek/dato', muda remaja atau taraf diri ini panjangkata tidak kira umur dan prestasi hidupnya, semua bersopan santun tidak kira dimana sahaja berada sampai mahu menyeberangi jalan pun diucapkan begitu, bertanya kepada yang Tengah (sudah beberapa kali melawat Spanyol) adakah penduduk disini amalan dan kebiasaannya begitu, jawapannya ialah iya, sememangnya begitu lumrah memberi "wishes" kepada semua meskipun yang tidak dikenali ! iya yang benar...

 Dari El Perello sehingga melintasi seberang sempadan antara dua negara, berhenti seketika diperhentian pertama untuk meringan-longgarkan sendi-sendi yang semakin ketat dek lama berduduk didalam kereta yang dipandu oleh yang Sulong (anak bujang lanang), dari Perpignan baru diambil alih oleh CintaJL bagi meneruskan perjalanan pulang selamat sampai keperkarangan rumah, Alhamdulillah dan syukuran... Amin.

Kibaran sehelai bendera Peranchis antara dua sempadan, menandakan sudah melepasi masuk ditanah Peranchis..

 Voilà, on y est....

 Sebenarnya mahu berhenti disini sebelah Perpignan akan tetapi tidak kesampaian karena dijemput singgah bermakan malam dirumahnya kakakipar di Montpellier yang disambut mesra dengan hidangan makan berhidang yang sesangat yummy..!

 Rupa-rupanya dialam semesta nan luas ini, perbedaan diantara manusia jangan disalah-artikan walau dari segi apa pun namanya kehidupan yang diamalkan tidaklah boleh dipandang serong karena diantara perbedaan itulah terbitnya kesedaran diri bahawasanya demi ciptaanNya juga ummat manusia sekalian tidak kira apa pun jurang perbedaan bagi setiap yang dicipta olehNya yang maha Mengetahui diatas segala rahsianya...
Ya ampun... didalam ketenangan airnya laut nan biru yang bergarisan sebagai pemisahan langit biru berdiri tanpa gerak memandang jauh ke-horizon-nya, betapa tenang kelihatan suasana semulajadi yang tampak sama namun tidak pernah dipedulikan kesamaan tersebut... lansong sedar dan insaf bahawasanya memahami jalinan kemesraan yang disulam halus didalam kehormatan yang disembahkan itu semestinya dihargai lantas dibalas kembali dengan setimpalnya dimana keseluruhan perbedaan hidup dan budaya mahu pun Agama perlu diletak ditempat yang bernama Kemanusiaan, itu sahaja... dimana yang selainnya diambil sebagai tamadhun duniawi.

2 commentaires:

Anonyme a dit…

Unik sungguh bentuk buat tomata, x pernah lihat sebelum ni.

AngahPJ

Anonyme a dit…

Salam Adikku Ratna....
Knur doakan agar Ratna sentiasa sejahtera dan ceria...Memangnya kalu tika autumn moodnya juga menjadi autumn ya Ratna.Mudah sekali tersentuh dan menjadi sayu dan lesu...Tentu sekali knur akan merindui musim ini.Semua tumbuhan kekuningan emas dan daun2 berguguran.Dan paling knur suka bau2an asap di ketika autumn ini.Tak kisahlah dari mana dtgnya asap tu,dari rokok,cerut,gorengan berangan atau bakaran daun2 kering,baunya amat menusuk kalbu...ahhhh..rindu..Namun,rindu pada 'pot pet pot pet' bualan harian kita paling knur terasa.Apatah lagi tatkala knur kembali ke tanah air,Ratna berpergian.Sedih sekali..Kita punya ucapan selamat tinggal selamat jalan amat ringkas sekali kerana Ratna pun tika itu berada di Spain.
Ratna Juwita..terima kasih yg tak terhingga atas segala layanan Ratna selama ini.Melayan segala kerenah knur dgn sabar,mendengar segala luahan dan kemarahan dgn sepenuh hati...Tentu sekali byk waktu terbuang melayan knur,byk kerja rumah terbantut namun Ratna tak pernah merungut.Malah melayan dgn suara yg lembut merdu..Rinduuuu....Terima kasih Ratna...Byk ilmu knur perolehi,baik dr segi masakan,kehidupan,agama atau apa saja.Senang sekali bersama mu Ratna..
Nanti insyaAllah di suatu hari kita kan berjumpa.Ratna,knur pun turut merindu Mr Eiffel,yg tanpa jemu hiburkan hati knur dgn kerdipan yang sungguh awesome.Siapalah kekasih baru Mr Eiffel agaknya..hahaha..Perasaan berbaur,sedih dan gembira at the same time.Gembira berada di tanah air bersama keluarga tercinta dan sahabat tersayang.Hati pun berasa lapang dpt melihat ke dlm mata org tua tercinta.Namun ada perasaan sedih juga terutamanya bila teringatkan bumi France yg sungguh baik hati,yg tidak berpura2 dan sgt bertolak ansur.Cinta2 hati knur yg knur tinggalkan harapnya tidak akan melupakan knur.Terima kasih atas segalanya Ratna..hingga nanti...