lundi 9 septembre 2013

Late summer harvest...

| |

  


Rimbunan warna-warni bebunga Zinnias, satu-satunya bunga khas untuk penghujung musim panas yang bersemarak kembang tanpa henti...

L'automne, musim gugur nan berluruhan semakin nian menunjukkan petanda-petandanya seperti suhu kian menurun, dedaun hijau mengering kekuningan emas dan sesekali asal ditiup angin nan lembut terus berguguran luruh jatuh menyembah tanah, dan hujan turun merenjis dengan titisannya laksana enggan berhenti... lansong diawal pagi kabus-kekabus putih menyelubungi disegenap pelusuk kampongulu ini tampak sayu serasanya...

Begitu juga dengan kawasan Potager, dimana sayur-sayuran masih tetap menerusi fitrahnya untuk hidup bagi membekalkan sebuah hasil bernama rezeki yang semulajadi... Sepulang dari percutian, segalanya tampak segar karena selama ditinggalkan yang dijaga prihatin oleh jiran sebelah nan budiman Madame D dengan setulus hati membuka pelawaan untuk menjaga sayuran di Potager selama peninggalan bercuti dan sebagai balasan mempelawa juga kepadanya dengan apa sahaja yang terdapat di-Potager boleh sahaja diambil dari terbiar ranum atau membesar tua sebegitu sahaja...

Begitu juga terhadap Honey Aristocat dijagai oleh Madame D dengan jagaan yang begitu rapi sekali. Sebagai penghargaan dan terimaKasih terhadap budi baik darinya Madame D, buahtangan dari Spanyol membelanja hadiah-hadiah yang disukainya seperti ceramic dan madu, tatkala dipersembahkan beliau begitu terharu dan ber-merci merci tanpa henti... memberi dan menerima, menerima dan memberi kembali dengan setimpalnya keatas apa sahaja kebaikan nan tulus ikhlas bagi setiap bakti yang diterima...

Gambaran photos dari Potager tomates yang kini semakin meranum serentak diantara satu sama lainnya.

 Tomates grappes.

 Tomates cerises comel cenonet.

 Dek bebuahnya yang serumpun berlonggok banyak menjadikan tangkai pohon tomates ini tewas lansong menyembah tanah berbaring duduk dengan sejahteranya...

 Tidak terlarat mampu untuk menampung keberatan bebuah tomates oleh tangkai-tangkai tomates yang sememangnya lembut lagi tidak kuat maka begini lah kejadiannya...

 Setangkai ranum sudah.

 Yang ini namanya  Cornue des Andes, melonjong bentuknya dan maniiiis sekali laksana buah rasanya ...

 Melonjong runcing bentuknya, seolah chili rupaparasnya.

Coeur de Boeuf namanya, tidak banyak biji-biji didalam isi dan manis madu rasanya.


Begini isi dalamnya...


Voilà.

*************

Berguguran...




 Musim gugur atau luruh ada lah musim yang dianggap "sombre/melancholy" dimana gambaran yang sering dibayang ialah suasana langit nan kelabu, berangin seiring dengan rintisan hujan, siang melarut kesenja tanpa sedar sudahpun malam dan yang paling menyedihkan lagi terhadap tumbuhan berubah rupaparasnya menjadi kering dan hambar warnanya, apakan lagi suhu menurun dingin...

Musim gugur juga seiring dengan perubahan tumbuhan semulajadi bertukar mengkut pusingannya dimana setiap jenis pokok berdaun "caduque/deciduous" akan merontok botak jadinya... kecuali pokok-pokok yang bergam seperti pin, cedar, cipress etc yang akan terus kekal dan utuh menghijau sepanjang hidupnya.
 Kelihatan disekeliling taman daun-dedaun hijau berselang seli dengan yang kuning kini bermula mengering berwarna kekuningan perang terus bertukar kecoklatan lantas menjadi ringan yang senang terlerai dari tangkainya dan terbang melayang-layang mengikuti arus angin yang sering berhembus sampai mencecah nyembah diatas dataran tanah tempat terminalnya... lansong terdampar berselerak merata-rata sehinggalah penyikat yang berjari-jemari/garden wire-leaf rake beraksi supaya yang bertaburan itu dikemaskan bersih, tanda-tanda musim gugur yang menakjubkan namun kerjaan ditaman kok berganda !

Yang benarnya mahu peragakan gambaran awal musimnya gugur/l'automne/fall yang dikatakan oleh ramai disini Peranchis sebagai musim nan monyok lagi hening sepi rasanya... dari hari kehari yang berlalu waktu siang semakin surut atau pendek jadinya senja mendakap sekelip mata lantas malam disambut...
Pertukaran waktu dan musim membikinkan diri ter...gugat dari segi menyelenggarakan kerjarumah yang enggan selesai dek gerakan diri yang lembab semenjak pulang dari bercuti ! Kanan & kiri, atas & bawah, hadapan & belakang, timor & barat selatan dan utara dipandang dengan telitinya setelah menyedari terhadap kekusutan kerjarumah yang terencat lagi terbiar sahaja kerena semahu diri suasana dalaman dan luaran asyik nyaman senantiasa namun kok kudrat tenaganya mengurang semenjak usia menaik tuek.. !

 
Gambaran daun-dedaun Tilleul yang semakin menguning...






Bunga-bungaan kembang vivaces masih galak berkembangan, tatkala diri terasa lemas didalam rumah, cara yang terpaling berkesan untuk melembutkan diri ialah melangkah keluar merayap disekeliling halaman mengadap satu satu setiap mekar yang ada sebagai penawar...


Penyeri pancaindera mata memandang bagi melembutkan rasa !


Rimbunan bebunga matahari cenonet yang masih mengembang mekar.


Dedaun kering bertaburan merata berselerak dibahagian belakang halaman dengan 3 deretan pokok Tilleul yang mendahului berguguran dari yang seratus tahun dihadapan sudut halaman.

Begitu juga buah-buahan untuk semusim gugur seperti apple kini semakin meranum.


Setengah ranum...


Yang ini hampir cukup ranumnya.


Gala nama si-apple ini, voilà...

1 commentaires:

Anonyme a dit…

Ratna...
Hahaha...patutnya knur tinggalkan komen di sini ya tadi..Sorry tersilap...
Geram tgk tomat yg pastinya crunchy tu.Hari ni Ratna jadi ke buat confit?Nanti jgn lupa gmbarnya eh...
Dah jauh ni pasti selalu knur buka your blog ni Ratna utk hilangkan rindu...
Take care dear...