mercredi 4 septembre 2013

Reus, Salou, Delta de L'Ebre Amposta, & Barna/Bacelona... España part 2.

| |



Sepohon lampu bertahta mahkota yang berlatarbelakangkan Gaudi Centre di-Reus.

Cutinya tidaklah panjang oleh itu lawatannya juga dihadkan mengikuti seimbang dengan masa bercuti...

Kenangan yang terpaling mencuit hati ialah mengenai tingkahlaku penduduk orangnya Spanyol, dimana sahaja pergi mahu masa melawat atau membeli itu dan ini tidak kira mana berada, dihotel dari front desk terus disetiap penjuru kawasan hotel, restaurants-nya sehinggalah roomservice/housekeeper kok manis mesra layanannya atau sama sekali ditempat persiaran/pelancongan juga di-Mercat/market kok manis mesra layanannya walhal dari segi bahasa iya sukar sekali... nasibnya baik dapat dibantu oleh yang Tengah (Elisa) yang boleh bercakap Spanyol jadinya menyenangkan segala rintangan kefahaman yang dihadapi namun tatkala tanpanya yang Tengah kepayahan berkomunikasi disambut oleh penduduk disini dengan senyuman nan manis sehingga mahu berbual mesra bertanya itu dan ini dengan menggunakan dua bahasa yaitu Peranchis dan Spanyol karena penduduk disini faham dan boleh juga bertuturan didalam bahasa Peranchis sampai tidak berberat hati mengadunkan dua bahasa secara sopan sesungguhnya... lantas tersentuh rasa perasaan bahawasanya meskipun jurang perbedaan dari segala segi mereka akan tetap melayan dengan sambutan yang kekadang boleh mensayukan diri ini karena lirikan senyuman pasti tetap terus berukiran diwajah mereka tampak mesra dan ikhlas sekali... manakan tidak sedangkan ditanahair sendiri semasa dipasar Tani kok banyak bertembung dengan manusia yang bertingkhlaku sumbing dan sumbang kurang ajaran, gitu...

 Seperkara lagi penduduk orang Spanyol memandu dengan begitu cermat dan selamat, mahu di h-way, jalan national atau jalan perkampongan sepenuh desa dimana selama sepanjang percutian tidak pernah bertembung dengan kekurangan ajar para pemandu. Untuk menjadikan percutian ini seolah tidak realis bagai menokok tambahkan kus semangat yang dibendung selamat ialah ketika meronda mencari tempat parking dikota Barcelona... kok cermat & selamat cara mereka memandu kenderaan mahu taxi, bus atau kereta dan motor nan gadang... iya bersopan santun, had laju diakur mengikuti hadnya, tidak bergegas potong memotong atau berebut-rebut untuk memotong diantara satu sama lainnya, sekalipun tidak pernah disaksikan... dimana memasing memandu mengikuti undang-undang menetapi giliran posisi kereta memasing tanpa mahu potong memotong... lansong CintaJL ter...pegun dan kerjanya asyik memuji-puja terhadap disiplin hidup yang dihormati oleh penduduk orang Spanyol yang katanya lebih tinggi dari penduduk orang Peranchis... iya yang benar !!!

Panjangkata, verdict percutian ditanah España ditarafkan indah seindah permandangan El Perello nan terpencil namun gemilang suasananya...

 El Perello dikelilingi oleh dusun-dusun pokoknya zaitun/olive dimana kini sedang sarat berbuah... kelihatan banyak terdapat deretan terrasse bertingkat-tingkat di segenap penjuru El Perello.

   Kawasan dusun yang berdekatan dengannya hotel.
 
Begitu rimbun bebuah zaitun yang bakal diperah untuk minyaknya nanti yang kaya dengan khasiat yang tinggi lagi mempunnyai manfa'at untuk kesihatan yang tidak usah diragukan jika dibandingkan dengan minyak-minyak yang lainnya.

 Adore dengan susunan kemas dinding batu-batu dikawasan dusun zaitun ini.

Delta de L'Ebre nature reserve.
The Ebre Delta is one of the largest wetland areas 320 square kilometres (79,000 acres) in the western Mediterranean region. The Ebro delta has expanded rapidly on soils washed downriver. The town of Amposta, a seaport in the 4th century, demonstrates the historical rate of growth of the delta as it is now located well inland from the current river mouth. The rounded form of the delta attests to the balance between sediment deposition by the Ebro and removal of this material by wave erosion.
Some delta areas have been drained for agricultural use over the centuries. The modern delta is in intensive agricultural use for rice, fruit (in particular citrus), and vegetables. A network of canals and irrigation ditches constructed by both agricultural and conservation groups are helping to maintain the ecologic and economic resources of the Ebro Delta. Wikipedia.

 Ter...pegun tatkala sepasang mata menyaksikan bendang-bendang tanaman padi yang melebar luas sekali... ya ampun, laksana berada ditanahair serasanya !

 Dan rasa perasaan bertambah gemilang dan girang karena padi-padinya sedang sarat berberas isinya...

 Ooh là là là... kok tetiba menjadi orang ? baru keluar dari bawah tempurung setelah sekian lama niannya berkurung tatkala diri benar dan nyata berdepan terang mengadap padi-padi yang berbuah akan menjadi beras...

 Nun disana kelihatan sebuah bangsalnya...

 Adore yang amat !

 Voilà, Delta de L'Ebre.

Reus.
 Sebuah bandar yang berdekatan dengan El Perello yang terkenal dengan aktiviti ber-shopping dengan jenama yang tersohor, juga tempat lahirnya GaudiAntoni.

 Nah... kok pokok pisang pun ada bertenggek duduk dibalkoni, unik ya penduduk disini...
 Lagi bertambah hairan payung-payung warna-warni yang digantung berbaris sebegini bersimbolkan apa ya... ?

 Iya, adore dengan kerjatangan duluan kala... maka itu intisari kali ini dipenuhi dengan balkoni & façade bangunan yang terdapat disini... dan balkoni ini adalah Gaudi museum.

 Deretan payung-payung disepanjang jalanan untuk berjalan kaki tanpa kenderaan passage piétonnier/ pedestrian walkway...
Seterusnya, gambaran photos façades bangunan yang berukiran dengan lingkaran artistik/fine arts kerjatangan nan halus lagi bertahan kekal sehingga kini.





 Tampak manis...

 Berbunga-bungaan bagai rupaparas façade bangunan yang berbalkoni romantik lagaknya.

 Banyak kelihatan dasar façade bangunan yang berukiran halus begini...



 Sebuah pintu style art déco.

 Salou, PortAventura.
PortAventura (Catalan pronunciation: [ˌpɔrtəβənˈtuɾə]) is a theme park and a resot in Salou, Tarragona, Spain; on the Costa Daurada, approximately an hour drive south-west of Barcelona. It attracts around 4 million visitors per year making it the most visited theme park in Spain. PortAventura Park is also the 6th most visited theme park in Europe. The resort also includes Costa Caribe Aquatic Park and four hotels. It is the biggest resort in the south of Europe. It has 2 airports within 30 minutes of it, including Reus Airport. There is a train station for PortAventura which has connections to Barcelona and Salou. Wikipedia.

 PortAventura bertempat tidak jauh dari El Perello cuma sekitaran 60 km sahaja maka itu pergi untuk meriangceriakan anak-anak semua namun kus semangatnya 200%... waktu menunggu berjam-jam lamanya dan kecut ketakutan dek kelajuan dan ketinggian yang melampau !!!

 Kawasannya dihiasi dengan hijauan nan indah dan hanya sempat click yang ini sahaja karena adore sibuah delima/pomegranate.. !


 Masa menunggu sudah berkurangan karena sudah lewat petang kalu tidak kok berjam-jam tunggunya untuk sepusing dua yang memakan masa setakat semenit dua sahaja !

 Yang ini dikawasan China Shambhala & Dragon Khan. Ketinggian Shambala ialah 80 meters menjunam turun...




Yang terpaling menggerun kan.... terus kecut takut jadinya, Hurakan Condor yang tertinggi di Europe; 100 meters !

Begini, menaik secara perlahan dan tetiba menurun hanya sekelip mata sahaja !!! yang hanya kedengaran ialah jeritan nyaring berlawan diantara teruna & dara...
Gambaran selainnya tidak dirakamkan karena dek orangramai aka pelancong yang terlalu ramai sekali sehingga ada masanya untuk bergerak jalan pun payah seolah traffic congestion jadinya...

Pergi kesebuah perkampongan ulu terkenal dengan kerjatangan Ceramics bermutu tinggi yang seharusnya melintasi seberang sungai berarus tenang...

 Nun disana kelihatan sebuah Château Fort/fortified castle. sebelum menyeberang sungai menanti giliran dimana jangkamasa menunggunya ialah selama 2 jam dan hanya mengambil masa 15 menit untuk menyeberang sungai ini.

 Yang ber-tshirt orange adalah tuan punya barge/flat bottomed boat tanpa engin dimana pergerakan secara manual yang dikendalikan oleh tuan punya mengikut arus kuat atau disebaliknya sungai ini.

 Permandangan dari atas Château sementara menunggu waktu rasmi kerja disini bermula kembali, sangat berbeda dari Peranchis dimana dinegara bersuhu panas selepas makan tengah hari 1:00 pm - 5:00 pm petang ialah waktu siesta yaitu waktu bobok atau beristirehat dan tepat jam 5:00 pm baru semua beroperasi seperti biasa... !

  Selorong jalan naik keatas kepintu gerbang masuk.

 Dari atas, kelihatan gambaran kampongulu nan permai...


Dari sebuah pintu mengadap perkarangan terrasse Château ini.

Barna/Barcelona.

???

 La Playa/pantai yang terkenal... kelihatan sebuah hotel yang tidak perlu dinyatakan... le famous W.


Suasana di-Playa Barcelona.

 Mercat/market St Josep.

 Pelbagai jenis warna & bentuk juga tahap pedasnya chili cantik bergantung juntai yang disusun rapi dan kemas supaya menarik jadinya.

 Gorengan yang terkenal !

 Negara yang penuh dengan pokok-pokok zaitun, pasti dimana sahaja ada dijual bebuah zaitun biasa atau disumbat dengan pelbagai inti itu & ini bagi penambah rasa !
Seperkara lagi, percutian kali ini tidak bergambaran makan & minum karena CintaJL kurang senang dengan tingkahlaku yang asyik sebok mengambil photos tatkala menjamu apa sahaja maka itu tiada satu gambaran yang boleh dipaparkan karena tidak terdapat satu photo pun dirakamkan... 


 Picasso museum.


 Tidak perlu diterangjelaskan, pasti semuanya sudah kenal dan tahu mengenainya.

 Bangunan yang bersebelahan casa-nya Gaudi begitu menarik sekali, terkenal juga !

Begitu berbeda diantara dua bangunan ini...
 Passeig de Gracia.

Arkitek senibina yang berpengaruh Islamic arts/kesenian Islam pasti kelihatan dimana sahaja dsetiap penjuru Spanyol terutama sekali dibahagian selatan  Cordoba pada tahun 785 terletaknya sebuah Masjid Agung dimana tamadhun Islam berputik lama disana namun malangnya...


Sagrada Familia Barcelona.

 Dari park yang sarat dek pelbagai pelancong yang menuju terus ke BasilicaTemple ! Tidak berkesempatan untuk masuk melawat didalamnya karena pabila tiba dipangkuan pintu masuk masa melawat sudah berakhir...

 Dari sudut yang tidak berapa Gothic (agak seram serasanya tatkala melihat rupaparas façadeTemple-nya Antoni Gaudi ini yang sehingga kini masih lagi didalam pembinaan dimana tidak tahu dimana penghujung kesudahannya karena plan design-nya terbakar...

Façade hadapan, meskipun masih dibawah pembinaan namun pelancong datang melawat merembik ramainya.

Bangunan pangsasuri bagi penduduk pendatang dari Amerika selatan khususnya.

Teruja dengan bangunan ini... kok berpayung dan berkipas sebagai hiasan didataran dinding bangunan yang tampak begitu unik !

Tidak berapa pasti nama bangunan ini, diambil karena kok ramai pelancong yang sedang me-click tanpa henti, maka itu terikut sekali.. !

Voilà, akan bersambung...

2 commentaires:

Aimi Laili a dit…

Terima kasih puan kerana sudi kongsi gambar-gambar di Espana.cantik-cantik semuanya.Terpandang gambar yang penuh payung tu, tersenyum tengok kerana rasa ceria dengan warna-warna nya. Thank you again :)

Jun Cupcakekasih a dit…

Salam Ratna....besarnya nikmat memdapat akses dunia alam maya hanua dari ruang tamu sendiri. Ratna di bumi Perancis nan indah nian, berlibur di tanah Spanyol....berkongsi gambar yang cantik2, membuatkan Jun di Subang Jaya ini bagai turut terbang ke sana. Cantiknya sawah bendang....amat menakjubkan. Sangka kita cuma Asia saja bisa menumbuhkan pohon padi beras. Itulah yang dikatakan kakek dan nenek..."jauh berjalan, luas pandangan".


Terima kasih ya Ratna kerna sudi berkongsi cerita.

:)