jeudi 5 septembre 2013

Sejambak bouquet TerimaKasih kepada para Members...

| |




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari ini genap 200 jumlahnya para pembaca & bloggers yang sudi merangkumi menjadi "members"di-blognya Ratna, meskipun Ratna bukan ditahap yang dikenali ramai namun kegumbiraan murni amat terasa dihati bagai dibelai dengan mesranya... 200 sahaja, bukan bermegah riak dengan jumlah ini akan tetapi kegenapan jumlahnya kok tampak molek sesungguhnya...

Bagi Ratna apa yang dilimpahi Ratna junjungi dengan kedua telapak tangan dengan kesyukuran yang tidak terhingga besarnya yang begitu amat Ratna hargai... ribuan dan jutaan TerimaKasih untuk semua nan budiman yang selama ini darinya Ratna banyak kekurangan balas kembali yang diambil ringan sebegitu sahaja ! Kumohon sejambak kemaafan diatas segala kekurangan juga kecuaian apa sahaja yang ada kena-mengena dengannya blog ini yang bertaraf biasa namun akan tetap seterusnya dipenuhi isi oleh intisari mengenai warna-warni kehidupan Ratna disini Peranchis...

Je vous remercie de tout coeur, dari Ratna Juwita BintangJauh.