vendredi 25 octobre 2013

Azalée Japonaise

| |


 Azalée Japonica berkembang mekar bunga-bunganya... setelah kian lama berehat dari berputik bunga sedari dimusim panas kini cantik berseri menghiasi salon library yang tampak suram suasananya semenjak musim gugur yang lumrahnya bercahaya kelam samar tanpa seri...

 Pokoknya cenonet namun merimbun dengan kembangan bunga-bunga berwarna rose lembut...

Alhamdulillah... hari ini bercahaya gemilang, lantas diruang salon library pun cerah dengan sinaran lutsinar jernih jadinya... rasa hati girang didalam diam...

2 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna...lama x menyapa kat sini.

sama juga kat sini, segalanya akan bercukai...untuk kesejahteraan rakyat katanya. apakah???

azieazah a dit…

kak Ratna, di negara Msia, isu panas sekarang adalah Bajet 2014 yang memberikan kegembiraan kepada segolongan orang, tapi ada yang tak gumbira kerana tiada kaitan dan kepentingan.

Yang pasti, harga barang semakin naik.

Hmmm saya sentiasa kagum dengan bunga-bunga di rumah Kak Ratna.