jeudi 7 novembre 2013

Belanja semalam di Grenoble...

| |


Rabu semalam ke bandar Grenoble bersama yang Bongsu untuk rendezvous-nya dengan docteur gigi pada sebelah pagi dan sebelah petangnya bersiaran didalam bandar Grenoble berbelanja itu dan ini untuk keperluannya yang Bongsu...

Cuaca dan suhunya gemilang dek nurmentari dan nyaman udaranya, Alhamdulillah... tatkala penghuni desa yang bertaraf ulu berada dbandar tentunya ceria untuk melihat itu dan ini dimana sekarang sudah tampak bebayang perhiasan bakal hari sambutan Natal yang sudah jelas kelihatan menghiasi dikebanyakan boutiques, patisseries & chocolateries, libraries juga Galeries LaFayette... bahang sambutan menghangatkan dompet menjadi panas sedikit.. ! nasib baik tidak terhangus...

Membelanja beli barang-barang hiasan untuk sipokok Noël/christmas nanti bagi menggantikan yang lama hampir 20 tahun usianya...


 Ini sahaja sebagai gantian yang lama... seperti semahunya CintaJL citarasa terhadap perhiasan sipokok Noël hanya kepada yang "fragile" lagi lutsinar yang bakal digantung sebagai perhiasan nanti...

Le houx/holly dihadapan laman sudah memerah nyala...

Meskipun dihalaman berwajah muram yang tidak secantik dimusim bunga dan panas dimana setiap penjuru taman kelihatan dengan pelbagai bebunga yang berwarna-warni, indah lagi nyaman serasanya... namun semenjak bermusim gugur kok kurang serinya... yang ada hanya sepokok Houx/holly berbuah merah meranum... sekurangnya ada juga penyeri ditaman.

 Sehelai daun yang tajam meruncing...

Anthurium Taupe jingga yang berbunga tanpa henti bagi menyerikan ruang salon library.

 Sekian lamanya tidak menayang peragakan si gebu Honey Aristocat...

   Sedang bobok lena...

Waktu petang adalah masa untuknya bersenang lenang... Mademoiselle nan manja !

Voilà.

Akan bersambung...

   Rezeki dari alam semulajadi... Alhamdulillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua para blogggers & pembaca nan budiman... pada hari ini Jumaat nan mulia sesungguhnya.

Pagi semalam CintaJL masuk ke Forest/hutan rimba nun disana atas pinggiran gunung Haute Loire yang terkenal dengan tumbuhan cendawannya yaitu La Girolle/trompette chanterelle jaune.
Sekian lamanya nian tidak pergi memetik cendawan ditempat yang sama sedari berpindah ke sini dikampongulu dan semalam mengambil keputusan pergi bersama teman seofisnya dan Alhamdulillah hasil petikan dapat dalam sekitaran 5 kg yang akan disimpan didalam peti es beku, nanti-nanti pabila trigin memasaknya ada juga cendawan yang begitu sesuai dimasak dengan Poulet à la moutarde/ayam yang ber-sauce mustard, yummy...


   Selonggok Champignons de Forêt/cendawan hutan rimba yaitu La Girolle/trompette chanterelle jaune segar dari Ardèche Haute Loire.

 Seperkara lagi cendawan ini sangat yummy rasanya yang berbau harum...

 Rupaparas cendawan Chanterelles.


Voilà

3 commentaires:

Cik Eka a dit…

Wahhhhhhhhhhh dah lama tak tengok si comel gebu tu sis rat.

Lama tak jenguk sis rat yang jauh ini.

Sis, eka bakal kahwin bulan depan. Doakan semoga perkahwinan eka bahagia sampai akhirnya ya sis.

Salam dari jauh.

Bintangjauh a dit…

Salam Cik Eka,

Sebuah khabar berita yang indah sesungguhnya... akan mendirikan sebuah rumahtangga bersama jodohnya yang dikasihi, lembut halus rasanya perasaan hati sis Ratna dengan berita ini yang disertakan dengan seruan doa buat Eka & bakal suami... dari jauh sis Ratna berdoa setulus hati keatas kesejahteraan juga kebahagiaan berumahtangga dibina bersama disisi bakal suami, semoga permulaan hidup dari dua hati yang bertaut erat akan berkekalan sehingga keanak & cucu... Amin

Salam mesra semanis madu buat Cik Eka yang cantik jelita lagi berhati budi nan pekerti.

Muna Mahdzar-Fadaaq a dit…

salam ratna

banyaknya cendawan chanterelle!! I really wanted to go foraging for mushrooms but I need to go with a professional forager. Takut nanti tersilap mushroom, dapat magic mushroom pulak :D
Honey Aristocat is sooo gebu!!

lots of love, Muna