jeudi 14 novembre 2013

Citation & Gourmandise...

| |


"Any man carrying a bouquet of flowers is handsome", saying in france.

Tadi, baru tadi bersiaran diruang blogs para bloggers AngloSaxons, salah satu darinya bercuti diParis yang dipadatkan dengan intisari gambaran suasana Paris yang terkenal dengan "art de vivre" nya dan terserempak dengan citation seperti tertera diatas lansong ter...berkenan, serta-merta c & p et voilà...

Sebelum bersiaran dialam maya, dipinggiran hujungnya pagi yaitu sebelum menjelang jengah waktu bermakan tengah'hari, sempatkan diri membikin sebuah gâteau yaitu Cotton Cheese Cake mascarpone de caramel à la fleur de sel de Guérande, tetiba serasa trigin sesangat merasainya kembali setelah sekian lamanya nian tidak membikinnya semula...

Dahulu kala semasa menetap dibandar Grenoble, seringkali CintaJL menawarkan se-bouquet jambangan bebunga semusim dengan harapan siBintangJauh akan terus senantiasa berseri pada setiap hari karena ngerti betapa diri begitu adore terhadap kembangan nan segar terletak sopan didalam bekas vase yang sesuai dengan rupaparasnya jambangan bouquet tersebut dan begitu lah hampir setiap 2 kali seminggu pasti ada sejambak bouquet menghiasi dalaman sebagai penaik seri...

Tiga jenis pokok-pokok bunga yang asyik berbunga mekar... Alhamdulillah.

Namun,
sekarang ini...
semenjak berpindah disini kampongulu, nah... kok jarang sekali CintaJL menawarkan sejambak bouquet dengan alasan ditaman sudah sedia ada merata menumbuh, oleh itu petik sahaja pada setiap masa yang dikepinginkan, tidak perlu lagi membeli belanja karena ditaman ada, di setiap ruang dalaman juga ada !
Apatah lagi terdapat beberapa pasu jenis bunga tanpa henti asyik berbunga kembang... maka itu tidak perlu lagi ber-bouquet-bouquet bagai katanya CintaJL... kecuali untuk hari yang teramat istimewa.. !

 CCC tanpa cream mascarpone de caramel...
Kelihatan bebunga Marguerite masih berbunga semenjak dibeli pada musim bunga nan lepas.


Voilà, sudah ber-cream mascarpone de caramel à la fleur de sel de Guérande, yummy...

 
bikin setengah adunan sahaja.

Gabungan rasa caramel yang ber-butter masin dengan secubit garam fleur de Guérande dilembutkan dengan cream mascarpone, selebih sauce caramel ditoreh sebagai hiasan... ooh là là là (espresi orangnya Peranchis kalu teruja atau disebaliknya) ke-yummy-annya sukar untuk digambarkan... berganda-ganda yummy dengan CCC yang lunak dan halus teksturnya...


Azalée rose lembut, Marguerite samar biru memutih juga Anthurium taupe jingga yang sedang berbunga rancak bagi menyerlah kecantikannya yang berbeda dengan keistimewaan yang tersendiri.


Cahaya samar gulita diruang tamu jadinya mutu gambaran pun kurang !


Voilà.

3 commentaires:

jumurama a dit…

assalam sis ratna,
bagaimana mahu menjaga tanaman@bunga yg kita letak di dalam rumah? rasanya ini pertama kalai saya melihat anthirium jingga.yg biasa say lihat mearh dan putih sahaja.saya baru belajar meletakkan tanaman bunga di dalam rumah.iaitu Anthirium putih.
-jura,shah alam-

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikummussalam dan salam kembali juga selamat berkenalan kepada Jura,

Tumbuhan Anthurium ini berasal-usul dari tropikal, jadinya tidak ada masa'alah disana karena amat sesuai sekali dengan suhu dan suasanaya... cuma disini yang bermusim empat berbeda sekali, demikian penjagaan terhadap Anthurium perlu diberi "extra" perhatian seperti:
Anthurium sukanya duduk diruang yang bercahaya terang maka itu
bekas pasu perlu diletakkan berhadapan dengan sebingkai tingkap supaya sinaran cahaya dapat diterima secukupnya, akan tetapi elakkan pancaran mentari yang tepat terkena kearah Anthurium karena takut terpanas/bakar lantas akan terlayu dedaunnya...
Siraman air hanya setelah dataran tanahnya kelihatan kering baru boleh disiram seperti sekali dalam seminggu, namun seperti disana cuaca kering dan humide pasti memerlukan "extra" siraman air keatas Anthurium seperti 2 kali dalam seminggu. Seeloknya gunakan air hujan lagi bertambah subur menumbuh...
Hanya perlu dibajakan setelah musim bunganya berakhir... gunakan baja berbentuk cecair/liquid.
Seperti disana, Jura boleh keluarkan dari rumah supaya bernafas oxygen yang segar dibawah teduhan dan elakkan pancaran terus mentari dan disebelah malam baru dimasukkan kembali kedalam ruang rumah, voilà...

Sis Ratna ternampak Anthurium berbunga jingga bercampur dengan warna taupu semasa dikedai bunga (berhenti karena setiap kali menziarahi Papa&Ibu mertua, pasti membawa buah tangan seperti sebouquet jambak bunga kesukaannya karena Ibumertua adore terhadap bunga-bunga nan segar) kemudian beli-belanjakan sekali untuk dirumah karena disini juga baru pertama kali berwarna sedimikian dimana selalunya berwarna merah, pink dan putih sahaja...
Semoga penjelasan dari sis Ratna ini dapat membantu Jura disana, namun disini suhu cuacanya berlainan, cuba Jura lihat di-website mengenai penjagaan Anthurium yang kena lagi sesuai dengan suhu cuaca disana ya...

Salam mesra semanis madu.

jumurama a dit…

Terima Kasih tidak terhingga sis ratna atas panduannya.lupa menyapa salam perkenalan kerana seolah-olah telah terbiasa dan mngenali sis kerana telah sekian lama menjadi silent reader sis.