mercredi 20 novembre 2013

Dari Kayangan...

| |




Es salji sedang turun... sepasu berkayu ditepian kolam renang.

Kok awal turunnya... musim gugur masih lagi terganggu karena kebanyakan pokok-pokok masih lagi berdaun, selagi gelée blanche/hoarfrost/embun beku yang pertama tidak muncul bermakna pokok-pokok tidak akan bergugurun dedaunnya...

 Hari ini es salji turun seolah enggan berhenti... permandangan dikampongulu bertukar wajah menjadi putih suci, betapa indah suasananya... seawal pagi sudah merakamkan gambaran photos dan terus mahu di peragakan namun malang sekali kok tetiba bekalan elektrik dirumah ter...off !
Lihat diluar sekitran kampongulu dimana kedengaran bunyi nyaring house alarm security system berdendang sehingga memedihkan kuping telinga... sah dan pasti bukan dari rumah, kesulitan terjadi yang membabitkan kepada keseluruhan  bahagian timur Isére yang bermakna menyentuhi kawasan kampongulu sekali.

Pernantian satu siksa... lagi-lagi terjadi diwaktu es salji turun dengan hebatnya, banyak berurai-urai jatuh melayang lembut sampai menyembah setiap segala dataran yang terbuka...
Waktu pagi berlalu dengan lembabnya, cuba menelephone CintaJL namun tidak berjawab... tengah'hari menyapa dan suhu disetiap ruang rumah semakin mendingin sejuk, dan petang pun merisik tiba dengan kesamaran yang semakin ketara... nasib malang hari ini kok kemain tinggi persaingannya, lepas satu satu masa'alah timbul, setelah mencuba beberapa kali CintaJL yang tidak dijawab terus dicubai lagi akan tetapi network h.phone tidak boleh tembus... jadinya tidak boleh telphone !
Ya ampun... sabar dalam diam akhirnya..

Dipertengahan petang, mengambil keputusan menyalakan api ditungku cheminée/fire place bagi menghangatkan ruangtamu lalu boleh berteduh hangat bersama yang Bongsu yang semakin tipis kesabarannya... kok asyik memohon bilakah bekalan electricity akan kembali pulih...
 lantas keluar pergi kesimpanan kayu-kayu terus dibawa kedalam ruangtamu dimana yang selainnya sudah disediakan terlebih dahulu dan voilà... kayu-kayu membakar dengan jayanya...

Suasana diruangtamu begitu samar tanpa bekalan electrik... oleh itu gambaran photo tidak lumayan jadinya.. !

Diawal pagi sesangat, selepas melambai kasih mengiring yang Bongsu ke sekolahnya, es salji turun dari soirée malam semalam lagi dan beginilah suasananya dipagi nan hening... kolam renang bersalut oleh es salji.

Di terrasse/patio, meja untuk bonsaï kini kosong... hanya ditemani bersama semangkuk pasu yang berisikan pasir pantai yang diambil dari Spain sebagai kenangan...

Erable du Japon/Japanese maple.

La Glycine/wisteria.
Dua seiring telephone cable yang diselaputi dek es salji...

Adore dengan kejadian kekapas es salji yang berbentuk serupa cotton.

Gambaran beberapa jenis pokok yang berlainan dibelakang halaman.

Seterusnya, gambaran photos yang diambil pada awal petang tadi dimana es salji masih turunnn... 

Jika dibandingkan dengan gambaran photos yang diambil pada seawal pagi tadi ianya banyak perubahan yang ketara dimana es salji menebal tampak gebu jadinya...


 
 Beginilah suasana syahdu tatkala es salji sedang sarat menurun... kelihatan kampong jiran seberang, pabila es salji turun dengan banyaknya permandangan disekitaran menjadi tidak jelas... kabur memutih dek rumbaian kekapas es salji.
Adore dengannya sepokok Sapin yang memuncak tinggi...

 Beberapa jenisnya pokok Sapins dibelakang halaman... dot dot dot es salji yang turun dari kayangan.

 Pokok cedre rouge/red cedar tree.

 Sebaris Lavande de Provence/lavender membulat dek lapisan es salji yang tebal menyorok rupaparasnya...

 La Clématites/clematis.

 Sepokok Houx/holly dihadapan pagar.

 La Glycine/wisteria.

Erable du Japon/Japanese maple yang semakin tenggelam oleh es salji.


 Cantik dan indah suasananya...

 Kelompok pokok-pokok mawar juga tenggelam...

 Meja Bonsaï dan sepasu yang berisikan pasir pantai dari Spain semakin tenggelam...

 Sambil mengambil photos didalam hati senantiasa berdoa semoga bekalan elektrik akan kembali semula, namun...

 Rhododendron hampir tenggelam...

 Hanya sedikit dedaunnya yang masih kelihatan.

 Walhal sudahpun berputik bunga yang akan berkembang mekar bakal dimusim bunga nanti !

La Brouette/ kereta sorong/wheel-barrow tidak tenggelam,

namun... jelas kelihatan tahap ketebalan es salji.

 Sarat oleh bebanan es salji yang penuh didalamnya kereta sorong...


Alhamdulillah kehadratnya yang maha Pengasih... dipertengahan senja tadi jam 7:15 bekalan elektrik pulih kembali, serta merta menelephone CintaJL yang kerisauan tidak menentu setelah beberapa kali mencuba menghubungi telphone kembali sehingga dimaklumi bahawa disekitaran kampongulu terputus oleh bekalan elektrik dek ribut salji yang sedang melanda, demikian dinasehatkan usah memandu kearah jalan tempat berkenaan bagi mengelakkkan sebarang kesulitan yang pasti dibebankan oleh situasi cuaca yang rumit keadaannya, katanya mahu bergegas kekampongulu meskipun keadaan darurat terpaksa/emergency sudah pulih, lantas menyakinkannya tindakan itu tidak perlu lagi karena segalanya dibawah pengawasan... serasa bersyukur sesungguhnya setelah mengharungi hampir seharian berkebal diri dengan suhu dingin yang melampau sejuknya dimana didalam rumah tanpa heater/pemanas sememangnya mustahil boleh bertahan lama tanpanya...
 Pehak kaji cuaca meramalkan  bahawa esoknya yaitu hari Khamis es salji berterusan turun dengan banyaknya oleh itu berharapan tidak akan melalui kesulitan yang sama seperti hari ini dimana pemotongan bekalan elektrik yang seringkali timbul pabila ribut salji melanda dikawasan pergunungan juga disekitarannya akan terbabit bersama... semoga hendaknya esok hari tidak akan berulang kembali.

Demikian alkisahnya, entry hari ini telah ter...lewat disiarkan...

Voilà.

3 commentaires:

Anonyme a dit…

Assalam Ratna
Bersiaran kali ni dari RD. Disini hanya ada embun membasahi bumi tapi dinginnya tetap terasa.
Paparan gambar2 salji tu membuatkan kita yg melihatnya bisu 1000 bahasa. Awesome n magnificent sungguh kejadian Allah.
Terima kasih berkongsi nikmat.. BTW, macamana keadaan dipotegar? Masih ada sayur2an dan buah2annya lagi? ..CS

Cik Eka a dit…

Allah sis, cantik banget sampai terkagum2 eka tengok semua gambar yang sis publish ni.

Anonyme a dit…

subhanallah indahnya ciptaan Allah.
Jaga diri baik-baik ye.(Azie)