lundi 30 décembre 2013

La Joie de Vivre...

| |


Bagi mengakhiri tahun 2013 yang hanya tinggal sehari setengah sahaja sebelum melambai pergi untuk tidak berulang kembali...
Hanya sulam-sulaman kenangan yang akan tersemat kemas didalam sarang jantunghati sebagai sebuah kesan-kesan tinggalan setahun yang dilalui mengikut rentak irama yang diwarnawarnikan dengan pelbagai sentuhan palette sebagai penyeri harian...


Disini Peranchis suasana perayaan disambut lembut tidak meriah karena memandangkan Papa&Ibu mertua yang uzur keadaannya...
Namun begitu, dalaman dipenuhi dengan kembangan mekar nan harum mewangi dengan warnawarninya yang galak bagi menceriakan suasana perayaan.

 Se-bouquet jambangan orchids dari kakakipar yang sulong.





 Azalée/azalea Japonica disudut ruang library sedang galak terbuka kuntuman merah bunganya dimana pada setiap tahun akan berbunga tiga kali dalam setahun.



 Dari kakakipar yang sulong lagi, sepasu Lys bakal untuk ditanam pada musim bunga nanti...

 Lembut warna rose-nya...

 Se-vase bunga-bunga campuran diruang makan.

Deretan kembangan segar berjiran bersama... dingin sejuk diluar namun begitu serasa hangat pabila dikelilingi oleh tumbuhan segar nan menawan hati...

Sampai nanti... digerbang permukaan pertama tahunnya Baru.

3 commentaires:

angahPJ a dit…

cantiknya jambangan orkid tu. dihias dan digubah begitu rupa. selmt menyambut tahun baru. buka lembaran baru, kuatkan azam dan semangat. moga hari2 mendatang dpt kita lalui dgn lebih beriman dan bertakwa kepada allah swt.

Anonyme a dit…

As salam Ratna..

Dah lama tidak hantar apa2 comment but believe me i read all your posts..this time terpanggil nak post something in your commetaire box after reading news paper this morning knowing that my Schumi is being warded in Grenoble Hosp..I'm a big fan of him and I pray for his recovery..

Happy New Year Ratna, may this year bring more happiness and success for you with yr family..Aameeen.

Rose

Jun Cupcakekasih a dit…

Assalamualaikum sahabatku yang jauh

Semakin usia menghampiri garisan penamatnya, semakin hati rawan memikirkan seluruh usia yang sudah dilunas pakai di dunia dan kelak akan dipertanggungjawabkan di alam sana. Kalaulah setiap hari kita ditakdirkan bertemu hal yang positif saja, maka mudahlah kita memujuk hati agar kuat dan tabah dan menjadi positif -- sekukuh waja. Hidup ini sebenrnya manis sekali jika semua manusia tidak mudah berprasangka dan menerima keadaan seadanya. Hanya Allah sahaja yang terhebat dan Maha Sempurna. Dan semoga kita menjadi insan yang tetap polos dan mendamaikan sesama makhluk di maya pada...