jeudi 5 décembre 2013

Lempeng pisang & Fleur de Sel de Guérande

| |


Tadi, pagi tadi menyediakan sarapan pagi cara Moyang dan Peranchis, yang digabungi keduanya yaitu rasa buah pisang amat sesuai sekali ditemankan dengan rasa caramel ber-cream yang dibubuh secubit bijian garam yang ternama ini supaya menjadi sesangat yummy.. !

Sebenarnya mahu perbincangkan mengenai garam yang bertaraf istimewa dimana semenjak dua menjak kok ramai yang adore membikin segala jenis cake yang menggunakan garam de Guérande dari Bretagne khasnya...
Dengarnya dari sana, banyak yang berniaga menjual sauce caramel yang bergaram de Guérande dimana memasing berlumba-lumba menayang segala bagai jenis manisan yang ada kena mengena dengan garam dari Peranchis ini sehingga sesetengah para penjual mengompang-canang bahawa pembuatan sauce caramel-nya lah yang ter...paling yummy dan cara pembuatan kaedahnya semata yang betul lagi terpeinci... ooh là là là, kok sampai begitu, pabila berilmu meskipun mahu menegakkan penjualan itu dijamin yang terbagus ada caranya, usah sampai berbau riak dan sombong seolah hanya dia seorang yang pandai lagi berbakat.. !
Maka itu, dari sini Peranchis siBintangJauh mengaku hanya ngerti membikin gâteaux bertaraf airtangan seorang Ibu sahaja dan untuk berseni tinggi dengan hiasan yang mengkagumkan mata memandang, iya jauh sekali... setakat ini hanya ngerti yang picit-picitkan cream sahaja atau lapis-melapiskan cream diantara cake yang berlapis... trigin tahu bikin segala bagai bunga yang berwarna-warni namun disini Peranchis cake/gâteau yang berbunga lagi berwarnawarni tidak popular yang jarang diamalkan oleh Chef-chef Patissiers karena budaya "haute"nya kok berlainan jika dibandingkan dari negara Anglosaxon !

Tidak perlu lagi penerangan yang terpeinci mengenai Fleur de sel de Guérande made in Peranchis ini karena pastinya para bloggers & pembaca sudah sekian maklumi dimana memasing sudah tinggi ilmu culinari-nya... sebenarnya cuma mahu bangkitkan isu "aku yang ter...hebat" sahaja sebagai ingat-mengingati sesama kita semua... dengan demikian sepatutnya berendah diri supaya diri menjadi sederhana keatas apa sahaja yang diberkati seperti pandai memasak dan selainnya... tidak dinafikan itu semua dijayakan dengan sejahteranya diatas daya usaha memasing yang cenderong kearah meraih kejayaan setelah mempelajari sesebuah ilmu itu lantas dijadikan sebagai punca rezeki, sebagaimana ianya begitu elok diusahakan sebagai petambah rezeki disamping berkongsi bersama dengan ilmu yang dipunyai itu...

Sedangkan Chef-chef terkemuka bermurah hati berkongsi bersama dengan ilmunya dimana banyak buku-buku masakan & manisan yang telah diterbitkan, inikan pula kita yang biasa tahap ilmunya, belum lagi apa-apa tarafnya kok asyiknya mahu bertanding "siapakah yang ter...hebat" maka itu orang kita sukar maju kehadapan... kerjanya habis terbuang dengan sia-sia yang asyik bersifat angkuh dan sombong... sukanya mencebik lagi mengejek lansong bertabik dada bahawa hanya dia yang tahu... iya setakat tahu sahaja, yang seterusnya gimana?



 Belanja beli sekampit kecil cenonet bagi penambah rasa kepada setiap sajian yang disediakan.

 Sila baca penerangan mengenai garam istimewa ini...

 Sarapan pagi tadi, lempeng berbuah pisang lemak manis dengan kelapa cara Moyang.


Sauce caramel yang digaramkan supaya terasa lemak-lemak masinnya di lembutkan dengan cream fleurette juga butter bagi melunakkannya menjadi "velouté/velvety, lempeng pisang dimakan bersama sauce caramel verdict-nya ialah tepuk dada tanya selera karena cara kampong disamping cara Peranchis "haute pâtisserie", apakah sesuai?


2 commentaires:

angahPJ a dit…

salam manis, cantiknya lempang pisang ratna!

Bintangjauh a dit…


Salam manis kembali dan salam buat Angah disana...
lempeng pisang ala Moyang yang biasa sahaja sebagai peneman berminum dihari petang nan dingin suhunya yang semakin membeku sejuk...

Salam mesra semanis madu.