lundi 9 décembre 2013

Sapin de Noël

| |


Hampir dekat tibanya sambutan perayaan Noël/christmas bagi pehaknya CintaJL, sedari disampingnya hidup bersama hanya sekadar mengambil peranan untuk disambut sebagai perayaan sahaja...
Meskipun budaya sambutannya pasti dituruti seperti sepokok Noël yang dihias rias sebagai simbol pokok perayaan yaitu barangan yang cantik bergantung-gantungan terjuntai dengan segala bentuk dan rupa ornaments yang berwarnawarni supaya tampak festive atau disebaliknya bagi mengikut citarasa memasing..


Sepetang harinya Ahad mengambil masa menghiasi pokok Noël yang diletak mengadap sebingkai tingkap bahagian ruangtamu bersama yang Bongsu... Seperti mahunya CintaJL hiasan utama ornaments sipokok Noël adalah berupa kaca yang lutsinar jernih... katanya lagi biarlah hiasan itu berupa syahdu didalam ketenangan pabila dipandang kearahnya bagi mengelakkan rasa terlunjak atau keghairahan terhadap sesuatu keadaan yang sepatutnya disambut secara lembut...

Hanya terdapat bebuah cenonet merah menyala bagi penaik seri terhadap sipokok Sapin Nordmann ini, sekurangnya tidak lah pucat atau hambar...

 Setelah siap hiasannya, CintaJL mengucapkan merci/terimakasih kepada kami berdua sambil menggenggam lembut setapak tangannya siBintangJauh...
dan yang Bongsu tersenyum manis, Alhamdulillah untuk segalanya meskipun suhu cuaca tersangat membeku dingin namun mentari bersinar jernih dengan gemilangnya....


3 commentaires:

angahPJ a dit…

terasa sungguh romantis bila membaca 'menggengam lembut setapak tangannya sibintang jauh'.

Bintangjauh a dit…

Angah...

Alhamdulillah kehadratNya dipertemukan dengan pasangan hidup yang tinggi belas kasihnya...

Salam mesra semanis madu.

rogayah bostamam a dit…

Nice place,lovely food