mercredi 1 janvier 2014

BONNE ANNéE 2014 !

| |



Gambaran selingkar satu pusingan dedaun Lierre/ivy dari halaman yang digantung sebagai penyeri bagi setiap sebingkai tingkap diruangmakan... laksana sebumi nan bulat yang dipenuhi oleh ummat manusia yang berbilang kaum dan bangsa, yang begitu berbeza diantara satu dengan yang lainnya...
namun,
itulah hakikat yang sebenarnya... mengapa perbedaan tersebut dijadikan olehNya Subhanahu Wa Ta'ala karena arti kemanusian adalah tiada sesiapa pun berhak berkedudukan yang teratas kecualiNya nan Esa... bahawa kepada setiap kelainan terhadap langkah atau gerakan rupa hidup itu akan dapat menginsafi diri lansong bersujud demi merendahkan diri supaya jauh dari kesombongan, kedengkian, keriyakan, ketakburan, keiri hatian yang membengkak didalam jiwa yang sering menusuk kesebuah hati yang tidak mahu mengalah pabila menjalani perjalanan hidup harian yang begitu penuh dengan dugaan juga hawa nafsu dimana ianya begitu sukar untuk dilawani oleh semangat diri yang lemah... apatah lagi sekiranya keimanannnya yang sering tergugat oleh suara hasutan didalam lubuk nuraninya yang tidak pernah mahu atau angkuh untuk bersyukur Alhamdulillah...
Semoga hendaknya... menjelang terbukanya mukasurat nan putih bersih ini dahului lah dengan sepenuh kelapangan terhadap sebuah pandangan hidup yang positive semata, meskipun ada terselit kepayahan yang dihadapi... sempena menyambut datangnya tahun nan Baru pada tarikh kelahiran hari pertama 2014 yakni hari ini bersamaan January 1...
 Pemurahkan diri dengan mengamalkan bacaan doa hikmah pada setiap saat yang berdetik bagi menyedari&menginsafi diri semoga nanti berada dikalangan yang beriman... Amin.