vendredi 17 janvier 2014

Buche de Noël - yule log gâteau

| |



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dihari Jumaat nan mulia sesungguhnya kepada semua... semoga hari ini berseri-seri hendaknya.

Esok harinya Sabtu, CintaJL menjemput seorang sahabatnya (sendirian karena isterinya sudah pergi untuk selamanya) diwaktu makan tengah'hari, jadinya buat manisan ini Buche de Noël/yule log cake bakal dessert nanti dan diawal petang sudah sebok didapur dan bikin yang berupa biasa sahaja... jika esok ada terluang sedikit masa akan membikin dedaun bertekap dengan chocolat couverture sebagai hiasan penyerinya.


Tampak kasar hasil rupawan gâteau ini, sengaja jadikannya  sebegitu sahaja untuk mengejar masa karena hari semakin lewat, nanti tidak kecukupan cahaya semulajadi, sukar untuk merakamkan gambaran photo ditambah lagi camera semakin meragam karenahnya.

Lorek-lorekkan sebegitu sahaja untuk menghasilkan serupa kulit kayu yang telah dipotong, sering kali rupa cake ini dibentuk seakan sebatang kayu yang sudah dipotong yang punya dahannya, begitu akan tampak seperti hidup dan menarik kejadiannya.
Yang empunya BintangJauh hanya setakat sepotong kayu biasa-biasa sahaja...

Voilà.

2 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Ratna...jom kita sambung ngomel...

Cik Puan Eka a dit…

cantiknya kek kayu ni.

suka eka tgok