mardi 7 janvier 2014

Emas Vanilla Pound Cake

| |


Agenda sepetang semalam sebenarnya, sudah pun lewat petang dan tetiba terpingin sekali dengan rasa yang berlemak manis... lansong tercuit selera untuk menyediakan "weekend cake" ini yang harum baunya dengan sentuhan bijian vanilla bean sebagai penaik rasa...

 Sekuntum bunganya Azalée du Japon/azalea Japonica yang kini sedang galak mengembang dengan mekarnya...

 Rimbun penuh dengan kuntum-kuntuman merah.

 Yang lembut bersaing dengan yang ceria galak warnanya.

 Seri, berseri jadinya ruangtamu sebagai latarbelakang untuk gambaran photo...

 Azalée du Japon/azalea Japonica ini berbentuk topiary pabila berputik dan mengembang mekar ianya tampak selonggok merimbun gitu, adore tumbuhan yang dibentukkan secara topiary...

Semasa sedang berputik.

 Duduk diruang library.

 Begitu pabila menelek buku-buku bacaan seolah berada dimusim bunga.

Cantik berseri...

             

 Vanilla pound cake yang mewah berisi butter nan lemak, elok sesangat dijamu didalam suasana yang lembut dinginnya karena diuar berangin deras oleh itu udara menjadi kering dan suhu pun naik mencecah lebih dari sepuluh yaitu 12°C pada hari ini.

 Se-bouquet rimpunan bebunga Azalée, cantik berseri...

 Yummy sebegitu sahaja...

 Atau di-cream kan dengan rasa yang membaldu lembut dan lunak rasanya...

 Yang lebih yummy pabila ditemankan dengan Mascarpone + cream fleurette + crème de Marron/chesnut cream.
Setelah disebatikan, hiasi dengan sebutir buahnya Marron en sirop/chesnut in sugar syrup.

 Bikin setengah adunan sahaja karena yang ada dirumah cuma berdua bersama yang Bongsu.

Satu untuk yang Bongsu dan satu lagi untuk Maman.

Jadinya adil saksama !

Voilà... esok akan ke-Grenoble, berita terkini mengenai Michael Schumacher ada "sedikit" perubahan meskipun keadaan kritiknya masih ditahap merah, seperkara lagi hospital yang didiami oleh Schumi adalah hospital yang sama semasa yang Tengah dihospitalkan, semoga Schumi akan beransur pulih hendaknya dan kembali sehat dengan sejahteranya.

2 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Ratna....adoiiii terliur knur tgk pound kek Ratna yg gebu dan cantik merekah tu.Pastinya harum semerbak dgn bauan vanilla..knur sukaaa..miam..Kek ni lagi basic lagi lumayan ya Ratna..Pasti senyum je si Bongsu pulang dari ecole tengok kek yg cantik Maman dah buatkan...Bliss...

Salam rindu dr knur yg jauh..

Jun Cupcakekasih a dit…

Assalamualaikum Ratna yang diingati

Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar kembang Azalea merah kesumba yang sangat cantik dan meneduhkan sekali rasa jiwa. Pound kek yang gebu itu benar-benar menggamit selera....

Salam dan pamit dari
Daerah Dingin kala pagi
Di USJ