dimanche 12 janvier 2014

Galette des Rois à la frangipane

| |


Pada 5 January Ahad yang lalu adalah harinya sambutan L'Epiphanie meskipun tarikh rasminya ialah pada 6 January bersamaan harinya Isnin. Galette yang berinti isi kacang badam berasa lemak lembut manisnya secara classique yang sering dijual atau dibikin sendiri... walaupun sudah terlewat namun sehingga kini masih didalam suasana sambutan maka itu sempurnakan satu sebagai minum petang tadi, tidak sempat untuk dirias hiasi karena mahu cepat, petang semakin lewat... takut nanti cahaya semulajadi menjadi kelam maka itu gambaran poto hanya sebegini sahaja... keluar sahaja dari ketuhar serta merta diangkat ke pinggan dan terus dirakamkan...


 Cuba meniru caranya Pierre Hermé, Chef Pâtissier yang tidak perlu lagi diulasi mengenainya, dan hasil kejadian dari airtangannya BintangJauh tidaklah setanding dengan yang "le plus grand pâtissier français" !
 Ter...lupa sorokkan dua fèves/figurines didalam Galette maka itu diletak atas tengah dataran sebagai pembetulan...

Voilà ! kejadiannya.

Hari ini ambil semula gambaran photos untuk seterusnya dengan alasan petang semalam yang sudah lewat dimana cahaya semulajadi kian menyuram...
 Separuh sudah dijamu... yang Tengah tidak berapa suka namun dimakan juga untuk mengambil hati Mamannya !

 Pâte feuilletée/puff flaky pastry bukan homemade, dari s-market... hmmmm, sedia maklum pâte feuilletée adalah pastry yang sukar lagi remeh untuk dijayakan... seringkali gagal.. !

 Yummy bersama minuman Chocolat chaud.

 Sakibaki tumbuhan hijau Chou/kobis sebagai penyeri.

Cuaca diluar begitu suram, bersuasana hening.. dan esok diramal es salji akan turun dari kayangan...

ps: camera semakin meragam dan semenjak itu kok asyik tersekat-sekat lagaknya, seperkara lagi mutu warna dan contrast-nya semakin kurang...  mungkin nanti-nanti blog ini bertukar kepada blog script tanpa gambaran photo-nya..


1 commentaires:

Irfa a dit…

cantik bentuk dia
sayang kot nak makan