jeudi 23 janvier 2014

Gâteau aux Noix de Grenoble, Grenoblois- dauphinois

| |




"De toutes les passions, la seule vraiment respectable me paraîte être la Gourmandise"
Guy de Maupassant.


Khas dari Grenoble...
yang terkenal dengan kacang Noix/walnut-nya, dan petang tadi bikin separuh adunan sahaja karena tiada seorang pun yang adore ini gâteau...
maka itu bersaiz cenonet untuk 4 orang.


 Gâteau Grenoblois ini adalah sebiji gâteau bertaraf "rustic" dan bahan ramuan yang ada begitu sedikit dan mudah disempurnakan.




 Oleh itu disampingi bersama crème de mascarpone au café/mascarpone coffee cream yang sesuai dengannya.




Setiap butir kekacang Noix/walnut diselaputi oleh gula caramel sebagai penyeri.





 Mutu gambaran photos tidak molek dek cahaya semulajadi yang suram dan mendung seharian...
walhal semasa photo ini dirakamkan meja didekatkan bertentangan mengadap sebingkai tingkap untuk diterangi namun beginilah kejadiaannya, terima sahaja dengan seadanya...


Hier et aujourd'hui/semalam dan hari ini...

 
  rakamkan semula gambaran photos yang berharapan sinar cahaya semulajadi tampak cerah... namun mendung suram kelabu sama seperti semalam.
Mahu gambarkan gimana rupa teksturnya gâteau dauphinoix ini pabila sudah dipotong sehiris dan ianya berupa seperti gâteau rustic seakan carrot cake, gitu...




 Butir-butiran kekacang walnut sebagai penyeri.





 Kekacang walnut dibeli oleh CintaJL sebanyak 5 kg dari petani perusahan kecil kampong seberang.





Sengaja paparkan beberapa photos bagi mengisikan intisari blog ini, mungkin banyak yang bosan dengan photo yang diulang seli walhal gâteau ini biasa-biasa tarafnya... 
Verdic kerasaan gâteau Grenoblois ini berasa lemak-lemak lembut manisnya yang mewah berisi kekacang walnut dan akan naik rasanya jikalau ada sebagai pemanis yang lunak membaldu dijamu serentak seperti crème mascarpone au café bagi menghubungi dua rasa yang serasi, seperkara lagi gâteau ini eloknya dijamu pada ke'esokan harinya setelah dibikin, begitu lagi bertambah yummy !

Voilà.



3 commentaires:

Art Lover a dit…

aslmkm Ratna..
Rajin Ratna membuat dessert dan cara dipamer pun cantik..tengok aje dah rasa teringin nak buat.
Bukan semua yg kita buat anak2 suka,bagus juga buat yg setakat nak makan aje kann..tak membazir.
Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang.

Anonyme a dit…

Salam Ratna,

Cantik dan gebu kek Ratna ni...pasti sedap ya dgn kekacang walnut..Kek pun nampak ringan,makan sekeping pasti tak cukup tu..

Salam mesra dari knur yg jauh..

Jun Cupcakekasih a dit…

Salam Ratna,

Cuaca di Subang jaya juga dingin, membuatkan keinginan untuk berselang lenang di ruang tamu begitu kuat lagi. Ditambahi pula dengan sepiring pengganan dan kopi hangat...memang teruja sekali.

Tapi...sering keseorang membibitkan bosan, jadi sering kopi sejuk dingin separuh cawan....

...semoga kehidupan Ratna di sana tetap hangat di sebalik dingin :))