lundi 6 janvier 2014

les Chouquettes/sugar Puffs

| |

Diatas permintaan darinya Ros, Ratna lampiri dengan resepi Pâte à Choux/choux pastry ini.

 La pâte à Choux/choux pastry 

75 g - 7,5 cl air
75 g - 7,5 cl susu penuh krim
3 g garam halus
3 g gula halus
60 g butter
90 g tepung
3 biji telur
+
sebiji kuning telur sebagai penyeri juga butiran gula mutiara sebagai pemanisnya.

Sekalikan sukatan air, susu penuh krim, butter, gula dan garam didalam caserol, jerang sehingga mendidih, jauhkan dari api dan humbankan tepung, gaul kacau sehingga sebati lantas terus dijerang kembali diatas api, kacau dan kacau tanpa henti sehingga adunan tepung berhimpun membulat dan permukaan caserol tidak melekat dek adunan tepung Choux baru boleh diangkat dan rehatkan selama 3 menit
Kemudian,.
Campur satu lepas satu tiga biji telur kedalam adunan tepung Choux, kacau sehingga sebati dimana tekstur adunan kelihatan setengah berkilat dan pejal lembut pabila spatula diturunkan kebawah berupa "ruban/ribbony"menandakan tekstur adunan menjadi elok.
Masukkan kedalam piping bag yang bermulut tip bulat dan picit bulatkan adunan Choux sebesar 50 cent coin saiz-nya atau mengikut citarasa memasing diatas dulang yang beralaskan dengan sehelai parchment paper, beruskan dengan kuning telur diatas setiap dataran puncak Choux dan tabur selerak butiran gula mutiara.

Bakar dengan suhu ketuhar 180°C/th.6 selama 20-25 menit sehingga kuning ke'emasan atau lebih masanya jikalau saiz Choux dibikin besar, kemudian padam-off kan ketuhar buka sedikit pintunya ketuhar dan biarkan Choux supaya tidak terkejut dengan pertukaran suhu selama 5 menit lagi, baru boleh dikeluarkan.
Voilà.

Selamat mencuba dengan jayanya Ros.

3 commentaires:

Anonyme a dit…

Salam Ratna...
byk2 terima kasih atas resepi dan gmbar shuket ini..Cantik sekali hasil air tangan Ratna...Hantar kemari sedikit ya....

Salam mesra dari kak nur yg jauh..

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Terima kasih Ratna. Saya sungguh bersyukur ke hadrat illahi atas kesudian Ratna mengongsikan resepi manisan yang sungguh menggoda jiwa. Sayang sekali di tempat saya tiada dijual butiran gula sepertinya yang Ratna guna. Amat cantik sungguh ditabur sebagai pembangkit selera.

Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan, tidak dapat saya balas budik baik Ratna. Semoga Ratna sekeluarga sentiasa diberkati dan dalam lindungan kasih olehNya. Amin.