jeudi 30 janvier 2014

Nenas tart simbol perayaan

| |




Nenas tarts à ma façon !




Sempena Raya tahun Baru bagi kaum China yang bertahun Kuda dan pastinya pelbagai jenis biskut-biskut dihidang tersusun penuh diatas meja... dan seringkali biskut yang disukai ramai ialah nenas tart yang semestinya ada sebagai salah satu biskut utama, tidak kira yang dibikin sendiri atau ditempah beli dari pengusaha biskut-biskut perayaan yang tumbuh secara automatik bilamasa setiap satu perayaan itu akan disambut.

Kebetulan masih ada se-jar simpanan nenas jam  didalam peti es, lansong terdetik hati trigin membikin kembali biskut pujaan ramai ini dan bermulalah aksinya didapur... sebelum itu mencari dahulu dilaman web resepi yang berlainan dari yang biasa yaitu resepi mengikut selera kaumnya China begitu seangkatan dengannya sempena sambutan perayaan pada hari ini...









Mencuba bentukkan serupa buahnya nenas, ya ampun... dilain kali tidak akan mengulanginya lagi karena masa merias terlalu lama !



 Bikin sejumlah sepuluh biji sahaja yang memakan masa... kesabarannya kok terhad !






 Yang ini senang, terap dan terap kemudian tekan kedalam acuan cenonet, bubuhi inti isinya nenas jam dan siap, voilà.





 Dengan menggunakan susu pekat, tepung adunan mudah dibentuk dan rasanya manis bermadu...






 Yang Bongsu adore ini nenas tart, sepulang dari sekolah serta merta meleret senyumannya sambil berkata yummy.








4 commentaires:

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Cantik sungguh cara menghias..walaupun ambil masa yg panjang, tapi sedap mata memandang.

Cik Puan Eka a dit…

cntik tart nanas sis rat yg berbentuk tu.

Ada jugak org jual tart landak. Lebih kurang begitu tp susah membuatnya.

Eka paling suka Tart Gulung

anariffin a dit…

cantiknya kue tak sis...
tengok pun dah jadi tringin..huhu...
suka tart nenas style dulu2..cute..

Jun Cupcakekasih a dit…

assalamualaikum sahabatku Ratna, selamat pagi dari bumi subang jaya yang panas kering.. Rahmat Allah swt itu dalam pembagai bentuk dan kepanasan ini mengizinkan bunga ros Jun berkembangan di taman. Sukarnya melihat kudup ros mawar saat musim hujan. sering hati ini terlupa di mana bumi dipijak setiap kali menziarahi laman Ratna yang cantik indah dengan bunga-bunga berkembangan dan kali ini dipukau dengan indahnya rias tart nanas. sejuk mata dan hati melihat hasil kudapan secantik ini sampai terlupa panas teriknya mentari pagi di sini. semoga Ratna ceria dan sihat di samping keluarga. wasalam