mardi 21 janvier 2014

Pain à la main fait maison

| |


Tadi, bikin membikin roti...
Yang Bongsu adore le Pain fait maison, jadinya uli menguli sampai lenguh tangannya...
namun,
roti buatan sendiri/dari airtangan begitu berlainan rasanya.


 Bikin sekilo tepungnya khas untuk roti yang semakin hampir tamat tarikh terminusnya... maka itu gunakan semua.

 Sengaja dipelbagaikan rupa bentuknya roti-roti ini, begitu meriah pabila dipandang.. !
Baru keluar dari ketuhar.

Alhamdulillah... uli-ulian tangan tadi berkesan hasilnya, meskipun terhenti-henti untuk meredakan kelenguhan tangan...  bak katanya Kak Nur "KA tu kan ada, ngapa tidak dikerahkan?" ingatkan kudratnya masih berdaya lagi karena setiap kali membikin roti seberat 500 gm tepungnya kok seperti senang ditahap uli-ulian namun satu kilo tepung jadinya kus semangat...


 Yang ini berupa couronne/ring shaped loaf ,garland-wreath.

 Hari ini cuacanya mendung kelabu... oleh itu cahaya semulajadi mempudar suram, hanya didapur yang terang sedikit namun mutu photo tidak molek !
Homemade se-bouquet bunga-bunga yang telah dikeringkan seperti Lavender dari taman, mawar cenonet dari Ibumertua juga cereal crop-wheat dari Marché kampong seberang sebagai penyeri. 

 Dalam sekilo tepung roti yang diuli sambil menyinsing lengannya baju yang asyik menurun, ada selebihnya lagi... mahu tunggu yang Bongsu pulang dari sekolah dahulu, sekiranya lebihan roti mahu dibikin Greek roti atau dilempengkan nanti berupa Mexican flat breads/tortilla wraps berintikan ayam sautéed dengan herbs dan bawang putih sebagai sajian malam nanti, sukanya gitu...

 Riaskan dengan simpulan yang bertocang sebagai penyeri.

Begitu juga ditoreh lakar mengikut ilham segera...


Voilà.


4 commentaires:

Nazayiena Ayiena a dit…

wow fresh from oven,nampak gebu dan sedap.

Anonyme a dit…

Salam Ratna,
Cemburu knur tengok roti Ratna...knur tak larat utk menguli sendiri..apatah lagi sekilo tepung.You must have very strong hands Ratna..Kalu knur segalanya campak aje dlm itu KA,biar dia je yg menguli..hehe..
Cantik roti2 tu dan pastinya gebu isinya..adoiii.terlior pulak dgn roti Perancis...rindu...

Salam mesra dari knur yg jauh

Ros a dit…

Salam Ratna,

Saya sungguh kagum dengan kepandaian Ratna bermain tepung. Sangat molek dipandang dan semestinya enak dimakan.

Jun Cupcakekasih a dit…

Salam Ratna

Ziarah lagi ruang maya Ratna yang sering mengundang damai di hati ini. Terasa seolah-olah Ratna menghidangkan semua juadah yang meyelerakan itu untuk tetamu yang jauh beribu-ribu batu ini...

:))