vendredi 3 janvier 2014

Petites Chouquettes, ooh... trés mignonnes...

| |


Sebagai sajian minum petang nan suram lagi kelabu warna yang bermurung hati... bersamaan serentak dengan renyai-renyainya halus titisan hujan seakan enggan berhenti...
Pada pertengahan pagi sudah bersiap sedia mengeluarkan segala bahan ramuan untuk manisan kegemaran seisi keluarga yang bernama Chouquette dari Pâte à choux ini, apa lagi siBongsu sesangat gumbira pabila mengumumkan bakal berminum petang ini adalah Chouquette si mignonne.. !


 Bikin satu adunan sahaja.

 Sempena perayaan yang dipenuhi dengan segala bagai jenis manisan yang ber-chocolat dimana pada setiap penjuru ruang pasti kelihatan bekas-bekas mangkuk yang berisikan dengan chocolat sehingga anak-anak-anak semua sudah muak&jemu dengan segala jenis manisan gâteaux yang berasaskan chocolat juga segala jenis aneka bonbon au chocolat, sehingga terjeling pun terus mengerling pantas seolah tidak sudi untuk dipandang...

 Maka itu sediakan sesuatu yang ringan namun tetap manis lembut untuk dijamu bersama...

 Pâte à Choux yang sudah dirias dengan butir-butiran gula mutiara. Satu adunan ini dari sukatan buku Valrhona hanya dapat dua dulang sahaja... berebutlah nanti !

 Voilà... baru keluar dari ketuhar.. yummy !

 Senyuman ayu nan manis dari yang Bongsu tatkala berdepan dengannya Chouquettes ini begitu meleret panjang sampai matanya nan galak bulat kok menyepet jadinya...



 Semangkok Chouquettes ke'emasan sebagai pengganti sinaran nurmentari yang menyorok dek hujan yang enggan berhenti...

 Ceria jadinya hari ini.


 Begitu juga dengannya sepasu Rose de noël blanche/winter-christmas rose-genus Helleborus yang sedang mengembang mekar ditepi sudut ruang dapur sebagai penyeri...

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh... dihari Jumaat nan mulia.

1 commentaires:

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Semoga sejahtera selalu disampng keluarga tersayang.

Melihat kepada rupa bentuknya kuih itu membuat saya teringin sekali merasainya. Andai tidak menyusahkan, bolehkah kiranya Ratna kongsikan resepinya? Diawali dengan jutaan terima kasih.