dimanche 16 mars 2014

Paris, Kuala Lumpur et Jakarta...

| |






Assalamualaikum kepada semua nan budiman...



Ikatan, jalinan atau tali persaudaraan SiraturRahim itu seharusnya diperpanjangi sehingga tiada akhirnya...
Alhamdulillah kesyukuran setulus hati keatasNya yang Maha Pengasih lagi Pemurah dengan segala pertemuan tersebut...
Meskipun,
Ada juga yang tidak kesampaian...
Namun,
sambutan ziarah dari sahabat-sahabat yang ikhlas nan murni bersertaan dengan dakapan Salam lembut itulah yang menyayukan rasa hati lantas membikin diri berterusan berbunga  gemilang seumpama limpah rezeki yang ditaburi dariNya Subhanahu Wa Ta'ala adalah diatas kemahuannya semata...




Buat pertamakalinya kembali berpijak nyata ditanahtumpah turunan waris yang sebenarnya...



*****



Sepulang darinya perjalanan jauh nun disana, sesampai dihadapan tamannya rumah, kelihatan bunga-bunga petanda musim bunga hampir menyusul telah mempamirkan keindahan semulajadinya...
dan,
diri nan lesu terus tersegar oleh keindahan yang berwarnawarni... alangkah nyaman disaat ketika itu lantas senyuman diukir sambil pancaindera-mata mengalih-alihkan arah pandangan diserata kawasan halaman yang kini bertukar wajah...
Alhamdulillah.

Sepokok Tilleul dibelakang halaman yang kini telah dihiasi dengan pelbagai rimbunan tumbuhan dari keluarga Asparagaceae dengan segala jenis species dan warnawarninya Hyacinth/jacinthe, Jonquille/daffodil, primvère-rose, Iris juga Tulip yang baru sahaja timbul tumbuh dedaunnya...



 
Sengaja ditanam dicelah-celah akarnya supaya nanti boleh dipandang terus dari dapur yang mengadap tepat pokoknya Tilleul ini...




 Begitu, setiap kali didapur boleh sahaja disajikan dengan permandangan nan tenang.




 Sejuk mata memandang,




 dengan anugerah yang semulajadi ini begitu sukar untuk berdukacita...




apatah lagi udaranya begitu nyaman beserta sekali dengan kicau-kicauan sang burung berdendang riang bagi mengiyakan musim bunga semakin hampir menyapa...

akan bersambung.






2 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

Ohh sisi pulang ke kuala lumpur ya tempoh hari.

Bunga sis tanam cantik2 semuanya

Nazayiena Ayiena a dit…

cantiknya bungga2 nie...