lundi 17 mars 2014

Paris, Kuala Lumpur et Jakarta...

| |




"Tout ce qu'on ne connaît pas paraît maqnifique" Tacite Historien Romain.



Paris









Meluangkan masa sambil mengalas perut sebelum waktu bertolak kedestinasi seterusnya...

***

Kuala Lumpur



Cucu pertamanya Nani, Camila nan comel lagi rupawan... semasa dirumahnya Nani, Camila senangnya bobok senantiasa, tenang sekali karenahnya... Alhamdulillah tercapai hajat untuk bersua nyata dengannya KekNa yang lembut lagi ayu menawan rupawan meskipun agak pemalu namun anggun keperibadiannya.



Sahabatku nan anggun, lembut halus keperibadiannya, semulajadi cantik rupawan meskipun tanpa dandanan make-up dan pertuturannya begitu halus dan manis...
Diluar pengetahuan, dijemput datang kerumahnya nan berseri indah terus menambat mata memandang yang bersuasana nyaman, tenang seolah tidak mahu pergi.. adunan warna yang digabungkan begitu terserlah gemilangnya...
Makan berhidang nan enak dari sentuhan airtangannya Nani, meja makan dihias cantik bagi menaikkan selera lantas kerasaan terharu menyentuh hati dengan keprihatinnya nan tulus lagi teliti, saat ketika itulah yang menyentuh rasa hati bahawa keikhlasan sebenar dari seorang sahabat yang tulen itu menyerlah nyata diwajahnya...



Selepas makan berhidang, bahagian ruangtamu nan tenang sambil berbual mesra dijamu sekali dengan manisan yang enak sesungguhnya bersama air minuman teh ber-lemon yaitu minuman kemestian Nani yang elok diamalkan bagi khasiat yang tidak didugakan lagi...



Hari terakhir, kebetulan Nani menemani anaknya Hanis Zalikha untuk majlis perkahwinan dibawah rancangan "Raikan Cinta" dan kebetulan Bistro Saloma hanya selangkah dua darinya tempat penginapan lansong mengambil peluang bertemu lagi dengannya Nani dan Hanis nan cantik jelita...



 Bunga-bunga terapung didalam sekolam mangkok, tampak menawan lantas dirakamkan... bunga-bungaan penaik seri bagi menyambut tetamu...



Diberi kebenaran merakamkan beberapa photos sebagai rujukan singgahsana sebuah pelamin bakal anak-anak ngerti gimana rupanya hiasan bagi sesebuah majlis perkahwinan...
dan, seperkara lagi semasa menantikan ketibaan Nani&Hanis, bertanyaan disana sini adakah mereka sudah sampai lantas ada seorang pria yang kacak memotong kata bahawa Hanis sedang bersiapan dan hanya akan tiba pada sekitaran 7:30 awalnya senja dan mempelawa masuk kedalam dewan yang dingin suhunya jika dibandingkan diluar, selepas mengucapkan terimaKasih kepada sang pria yang terus berundur pergi yang bermobil sport, lantas bertanyakan siapakah gerangannya sang pria itu? dan dijawab "la... itulah Aril..." terus tanyain "Aril, siapa Aril sebenarnya? seorang Penyanyi, duhai cikpuan... dan yang menjawab adalah penyanyi Dina yang pemurah dengan lemparan senyuman nan manis lagi ayu kerlingan matanya, pun tidak mengenalinya... hanya tahu setelah dibisik oleh seorang pakar bunga bahawa Dina punyai suara nan merdu sesungguhnya...

Ya ampun...

nyata diri ini sudah ketinggalan didalam segala perkembangan seni terkini rupanya !!!


***


Jakarta


 Sebuah tugu Selamat Datang/monumen Bunderan HI dilingkaran bulat nan luas melebar mengadap tepat hotel penginapan diJakarta.




 Saji bertutup jaringan didalamnya tempe dan tahu goreng, adore bangat...




 Makan tengah'hari  di Grand Indonesia sendirian tanpa CintaJL, minum cendol bersamaan pecel sayuran dengan rempeyek kekacang, yummy !




 Keropoknya kok besar-besar, tidak diambil karena bersaiz giant !




 Di restoran makanan Padang Sederhana, bersua buat pertamakalinya dengan kerabat diJakarta, syahdu serasa hati bertemu sua dengan turunan waris dipehak AyahandaDaddy, TerimaKasih buat Mamanda Edmund&Eteknya, juga Elida sekeluarga dengan pertemuan nan indah, Alhamdulillah.






 Demontrasi tulisan batik di Thamrin City pusat penjualan segala jenis, rupa dan warna batik-batik Indonesia.



 Keraton Hotel, adore gaya perhiasannya...




 Diperkarangan foyer Keraton Hotel, nyaman cantik berseri dengan bunga-bunga putihnya.




akan bersambung.

1 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

waahh seronoknya sis.
Bertemu dengan auntie Nani, anaknya Kekna dan juga bertemu Keknis yang cantik