vendredi 28 mars 2014

Penulisan yang dibaca...

| |



 Secangkir teh hijau berhidangan sekali bersama chocolate chip & walnuts cookies sebagai peneman sebelum laman-laman sebuah buku diselak satu persatu...

Keadaan suhu cuaca semakin dekat dengan suhu dimusim bunga yaitu nyaman udaranya... meskipun pada waktu pagi agak dingin sejuknya.
Disini Peranchis pilihanraya perbandaran untuk pusingan kedua sedang rancak diulas-perbahaskan, dimana keputusan bagi pusingan pertama (pada minggu lepas) telah mencundangkan parti kerajaan Sosialiste yang dibelakangi oleh penangan dari parti Front Nasional/ultra right-wing yang banyak dimenangi seperti daerah-daerah utama yang sekian lamanya dibawah pentadbiran parti Sosialiste yang sedang bergelut dengan krisis kepercayaan & keyakinan, demikian jadinya kemungkinan besar bagi pusat bandar-bandar utama sederhana besar dan wilayah akan ditawan oleh kumpulan parti divers kanan sebagai amaran merah terhadap kerajaan pemerintah Sosialiste sekarang ini... 
Hari Ahad ini akan ketahui sama'ada pilihanraya perbandaran ini akan diliputi oleh parti Kanan atau disebaliknya?

Adore membaca dan mendengar, setelah penat mendengar beralih kepada membaca... yang sering diakhiri dengan menungan nan jauh bagi mengupas kembali isikandung yang telah dibacanya itu...



Bekalan minda tatkala sendirian...


Salah satu hadiah dari KakNur nan budiman, sebuku Pastry by Michel Roux yang sesungguhnya teramat berguna sebagai perisai asas untuk mem-baking segala bagai jenisnya pastry.