jeudi 20 mars 2014

Salam Printemps dari Kampongulu...

| |





Equinoxe de Printemps, hari ini atau esok?


Berita pada hari ini mempersoalkan sama'ada hari rasminya menyambut musim Bunga/printemps/spring akan bermula pada hari ini yakni Khamis 20 March atau disebaliknya yakni esok Jumaat 21 March dan kesimpulannya musim bunga-bunga nan berseri adalah hari ini... dimana équinoxe-nya akan hanya bermula pada jam 16:57 menit 5 saat waktu Peranchis yang bermaksud hanya akan bermula pada petang nanti.

Rasa perasaan pun bermekar kembang seperti sama dengannya bunga-bungaan yang tampak kelihatan diserata kawasan taman... nyamannya hatiku lantas berdoa lembut kehadratNya Subhanahu Wa Ta'ala...


 Seawal pagi nan hening setelah melambai lembut mengiringi yang Bongsu pergi kesekolah tanpa berlengah terus keluar meneroka disetiap penjurunya kawasan taman bagi merakamkan beberapa gambaran photos sebagai merasmikan hari pertama bermulanya Musim Bunga nan berseri yang dikurniyai oleh cuaca yang terang bercahaya jernih dengan gemilangnya...

Dua jenis pokok yang telah mengembang mekar yaitu pokok Prunus juga pokok Cognassier du Japon pink lady, adore terhadap kontras dua warna yang berbeda...

 Sepokok Prunus ditepi sudut belakang taman.

 Rimbunan bebunga yang bersaiz cenonet, indah sesungguhnya...



 Langit yang membiru galak menandakan hari ini cuacanya indah gemilang, Alhamdulillah...

 Serumpun pokok Cognassier du Japon pink lady yang sedari ada ditepi bahagian rumah, dimana pada setiap musimnya bunga yang pertama mengembang mekar.

 Cantik menawan.


 Sesuai juga dijadikan se-bouquet hiasan didalam vase bagi menyerikan dalaman rumah.

 Didalam vase boleh bertahan selama 2 setengah minggu...

Bunga-bunga dari jenis bebawang dengan kembangannya yang berwarnawarni tumbuh indah di bawah teduhan pokoknya Tilleul.


Suasana Musim bunga disini Peranchis.

Voilà.