dimanche 13 avril 2014

Charlotte aux Fraises

| |


Musim buah-buah fraises/strawberries sedang bermula dan,
diatas permintaan yang Bongsu mahunya hari ini ber-dessert-kan dengan manisan ini makanya sempurnakan Charlotte aux Fraises sebagai pemanis makan berhidang nanti.

 Pabila berudara sederhana panasnya, elok sangat manisan Charlotte ini sebagai pemanis makan berhidang dimana ianya ber-cream mousse bavaroise vanille yang lembut lemak manisnya kena sesuai dan serasi pabila disatukan dengan hirisan buahnya strawberry.

Dibantu bersama yang Bongsu jadinya ngomelan dari anak gadis kok bertubi-tubi melemparkan pertanyaan mengapa begini dan kenapa pula begitu... ya ampun ! nasib baik segalanya telah selamat sempurna masuk didalam peti es untuk disejukkan selama 12 jam !
Voilà, agenda pada hari Ahad nan meriah.