jeudi 10 avril 2014

Tulips warnawarni

| |




Semakin hari semakin berubah rupa bunga-bunganya Tulips yang kini semakin menyerlah kecantikannya dan setiapkali keluar meskipun hanya sejenak, arah pandangan pastinya menuju ke Tulips bagi menghargai keindahannya yang semulajadi karena pabila sudah berkembang mekar dalam masa berhari-hari jangkamasanya, kelopak-kelopak bunga tulips akan luruh dengan sendirinya...
Lagi-lagi,
 ianya pengalaman yang pertama yaitu
buat pertamakalinya menanam beberapa jenis yang berlainan bentuk rupa dan warnanya sebagai percubaan buat CintaJL yang adore terhadap Tulips ini.
Sebelum ini yang ada cuma jenis yang serupa yaitu yang bewarna unggu sahaja.


 Merah hati bersebelahan dengan merah galak menyala.



 Menguncup runcing cantik bentuknya Tulip ini.

 Seterusnya gambaran photos yang diambil dari pelbagai sudut.









 Adakah mungkin hari-hari sedemikian harusnya berdukalara atau terusik sedikit terus berkeluh resah, walhal selangkah dua diluar sudah terbentang KebesaranNya yang maha indah bahawa permandangan yang berwarnawarni ini nyata sebagai pelembut hati...








Dan Honey Aristocat yang pasti berada setia disisinya BintangJauh... dua kejadian Ilahi yang semulajadi yang sepatutnya tidak dipisah-pisahkan yakni Flora dan Fauna.



Voilà.

2 commentaires:

Anonyme a dit…

cantiknya bung-bunga tulip sis ratna...saya sangat sukakan bunga tulip. tapi sehingga kini masih tidak berkesempatan melihat di depan mata dan menyentuhnya.bagaimana ya sis...kdg2 saya sering berasa rendah diri.seperti tiada pencapaian yg bisa dibanggakan dlm hidup ini...saya perlu bicara pada seseorg yg boleh mendengar dan menasihati saya tanpa perlu...bagaimana nak ckp ya...mgkn saya perlukan nasihat tanpa sis atau saya bertemu.hanya menjadi sahabat cyber.kiranya komen ini sis tidak sukai@sukai usah dipaparkan ya. -siti-

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Subhanallah, cantiknya.