samedi 24 mai 2014

Agenda dihari Sabtu...

| |

 Geranium merah menyala warnanya berjiran bersama sepasu Agapanthe juga Lys.


Kawasan potager/sayuran yang seharusnya diselesaikan sebelum bulan May berakhir karena inilah masanya untuk bercucuktanam segala sayuran yang telah dibelanjakan pada seminggu lepas bagi memenuhi penggunaannya selama musimnya panas ini.
Seawal pagi lagi, CintaJL sudah beraksi dikawasan potager/sayuran yang dimulakan dengan sayuran dari keluarga kobis.


 Chouxs de bruxelles/brussels sprout, chou-fleur-bunga kobis-cauliflower dan kobis.

Kobis cina juga ada !

 Salades batavia rouge semakin membesar...


 Ada juga dua jenis pokok daun celeri hijau dan gold.

 Ketika baru dikira jarak dekat dan jauhnya begitu penting sekali, sebelah sepapan kayu untuk kawasan penanaman ubi kentang.

Sebelah petangnya, CintaJL akan menanam pokok-pokoknya tomates pula...
 yang sekarang sudahpun tercacak kemas.

Sudah selamat ditanam... semoga membesar dengan sehat didalam kesegaran, semoga akan memberi hasil yang cukup bagi menampung keperluan sayuran disepanjang musim panas kelak... Insya'Allah.
Alhamdulillah, bahagian pertama sudah selesai, minggu hadapan perlu pula menanam tumbuhan sayur seperti courgette/zucchini dan fenouil/fennel bagi menutup tugas penanaman dikawasan potager, begitu juga kawasan potager seharusnya dikemas bersih supaya tumbuhan liar tidak terus membiak-menyemak kawasan disekitarannya..

 Sekilas pandangan untuk bunga-bunga yang sedang semarak mekarnya...


Kuntum-kuntum bunga mawar rose yang sudah layu pastinya dibersihin bagi memberi ruang begitu berbunga lagi...

 Pavots/poppy yang merah menyala !


 

Lupins yang meruncing tinggi... yang unggu tunggal dikalangan yang kuning !

Iris hollandica berjiran sekali bersama iis kuning juga serumpun Ciste ladanifère pink warnanya.

Voilà.