mercredi 28 mai 2014

Agenda ditaman...

| |



Alhamdulillah...
Hari ini cuacanya nyaman yang ditemani bersama sinaran mentari nan jernih, meskipun pada sebelah pagi keadaan cuaca bersuasana mendung samar kelabu...
Seharian berada dihalaman taman, setelah kemarin seharian berkurung didalam rumah dek hujan makanya hari ini mengisi sepenuhnya dengan kerja-kerja pekebunan yang seharusnya diselesaikan.
Pada sebelah petang CintaJL memesin rumput yang semakin menyemak tinggi tumbuhnya, kemudian mengemas-rapikan kawasan potager dan seterusnya membersih & mengembur tanah bakal kawasan tumbuhan courgette/zucchini yang mengambil masa karena tanahnya banyak berisi batu-batu yang perlu dahulu dikutip ...
SiBintangJauh pula sebok mengubahsuaikan tempat duduknya dua pokok lavender yang dialihkan berdekatan dengan kolam renang, begitu juga dengan serumpun pokok matahari berbunga cenonet ditanam pada pinggiran tepi sudut kolam renang supaya terhadang permandangan dari dapat dilihat terus kearah kolam renang karena pokoknya bunga matahari menumbuh tinggi.
CintaJL juga sebok membina pergola kayu sebagai tempat berteduhnya pokok-pokok tomates bagi menghalang dari terkena airnya hujan, dengan demikian tidak dihinggapi penyakit.


Bunga mawar dipinggiran terrasse/patio yang mengadap sebingkai pintunya dapur.

 Surfinia unggu.
 Seterusnya, perkembangan terkini tumbuhan yang membesar bersamaan bebunganya.

 Kawasan vivace/perennial yang semakin merimbun dengan pelbagai jenis tumbuhan yang nanti akan berbunga mekar.

 Merah & kuning.


 Kelihatan pergola kayu yang dibina oleh CintaJL bagi melindungi/meneduh pokok-pokoknya tomate.

 Sepokok anggur yang tumbuh menjalar dirangkaian jejaring dawai yang memisahkan kawasan potager/sayuran dengan halaman.

 Alhamdulillah, pada tahun ini dapat merasa buah-buahnya cerises/cherry lebih banyak hasilnya jika dibandingkan pada tahun-tahun sesudahnya dimana ada musimnya lansong tidak sempat untuk merasa karena habis dipatok makan oleh sang-burung...

 Cantik mengilap, merah galak seperti gintu bibir !

 Rasanya manisss...

 Sendirian.

 Petikan dari CintaJL, dapat sebakul bakal pemanis diwaktu makan malam nanti.

 Kesegaran buah cerises dari pokoknya, sudah pasti tiada tandingannya jika dibandingkan dengan yang dibelanja-beli dari marché atau s-market.

Gambaran terkini bunga pivoine/peony yang merimbun cantik, Alhamdulillah, tidak banyak yang tercemar dek air hujan yang turun seharian kemarin.


Manis rupawan.

Adore kepada putik kuntuman yang semakin membuka ngembang !

Pivoine pinky lembut yang harum mewangi kini sudah mengembang mekar yang teserlah keanggunannya... Voilà, agenda hari ini yang padat dengan pelbagai agenda ditaman... esok telah diramalkan hujan lagi.

2 commentaires:

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Aduh..betapa sukarnya saya menahan diri dari membuat ulasan pada setiap entri baru. Betapa agungnya Allah swt...menganugerahkan hasil yang amat lumayan bagi setiap insan yang berusaha..membuat jiwa meronta-ronta untuk sama memperolehinya..namun mana mungkin untuk saya memetik ceri di halaman sendiri. Insyallah akan saya jadikan semua gambaran yang dilihat sebagai pembakar semangat memenuhkan halaman dengan apa yang ada dan bersesuaian dengan cuaca.

Sesungguhnya, Ratna telah menjadi sumber ilham, contoh yang baik untuk diikuti. Syukur alhamdulilah.

Salam manis dari jauh..

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna
Nyaman sekali suasana di kampung ulu Ratna. Bunga bunga yg mekar berwarna warni. Yg paling suker sekali buah ceri. Alahai, kalau lah boleh ditanam disini alang kah gembira nya.
Terima kaseh lah kerana berkongsi gambar2 yg indah utk tatapan kami disini.