jeudi 22 mai 2014

L'Ecole du Grand Chocolat de Valrhona

| |




Verdict-nya ?

akan terus-menerus ambil pengajian mem-baking/cours-stages de pâtisserie di Tain L'Hermitage yang berbau Chocolat...

Se-bag belanjanya setelah selesai pengajian selama seharian mem-baking ...




 Bangunan baru yang bercantum dengan boutique-nya chocolat Valrhona.




 Dihadapan pintu masuk utama kedalam atelier....




Tumbuhan pokok-pokok yang tidak memerlukan banyak air untuk disiram, gitu pengendaliannya tidaklah rumit !




Hanya satu photo gambaran yang dapat dirakamkan dari h-phonenya CintaJL yang baru tiba dari China terus datang menjemput (pada sebelah pagi anak bujang yang Sulong yang menghantar Mamannya ke Tain L'Hermitage) nasib baik tibanya tepat pada waktunya setelah hasil kejadian dikelompokkan semua diatas plan de travail, itupun diambil secara cepat !...
 Camera sengaja tidak dibawa bersama karena separuh sakit, asyik padam mati dan hidup lembab lagaknya ! Jika dibawa nanti rasanya akan membuang masa pula dengan camera yang meragam maka itu pada kelas kali ini tiada gambaran photos sebagai bekas-kesan disepanjang kelas yang berupa "step by step" !
Sembilan ahli ramainya dibahagi kepada dua groupe berlima & berempat yang bertaraf ceria & mesra (ahli-ahli yang mengambil bahagian sesungguhnya begitu akrab serasanya seperti sahabat baik berpuluhan tahun telah mengenali mereka semua, begitulah anggapannya mengenai mereka semua jika dibandingkan dengan kelas yang pertama).

Pengalaman ini sesungguhnya begitu menyentuh diri terhadap maksudnya menimba ilmu yang beralaskan dengan pertalian mengenali hadirin semua yang punyai vision-perception terbuka luas didalam kemesraan yang begitu ikhlas lagi jujur terhadap layanan pada setiap tindabalas tatkala berbualmesra mengenai warnawarni kehidupan memasing tanpa "préjugé"/prejudice-bias yang lansong tidak dirasai...

Seharian bersama Chef Muriele Benaroch yang mahunya hasil kerja tampak enak dipandang sekali dengan yummy dijamu... namun separuh dari ahli kelas yang mengaku tidak pernah membikin gâteau pada asasnya, lantas mereka semua cuba menutupnya dengan gurauan yang bikin satu kelas diletopkan dengan gelaktawa sampai menitis airmata jadinya !!!
Paul berkata (seorang teruna bertarap gentleman-dandy) dilain kali kelasnya nanti semahunya Paul groupe kami semua bersatu semula dan kemungkinan ditolak terus karena soal-soalan yang ditujukan kepada Chef Muriele kok pelik lagi bizzarre semata mahu menyakatnya saja... sehingga Chef Muriele mengeluh sambil menjawab "kalu sebeginilah kelasnya, sampai malam hasil pâte à choux tidak akan selesai" !!!

Sorénya berakhir dengan salaman nan mesra didalam lambaian kenangan & pengalaman yang sesungguhnya begitu dihargai...

Sah sesahnya Valrhona chocolat adalah yang ter...mahsyur tarafnya !!!