mardi 27 mai 2014

Pendapat-pandangan?

| |



Bunga mawar ini baunya harum mewangi semerbak bak berada dikayangan...



Seharian hujan pada hari ini, sehingga sekarang yang telah bermula dari petang kemarin hujan yang berjurai-jurai turun seolah enggan berhenti...
Rasa perasaan agak lesu seketika pabila perasan bunga-bunga ditaman habis basah kuyub menjadikan kelopak-kelopaknya yang nipis lagi fragile tercemar rosak dek titisan air hujan seperti Pivoine/peony...
Hampir pertengahan petang diri merasa rimas dek suasana yang lembab lagi dingin dimana suhu pun menurun pabila hujan turun.
Kebuntuan menyerap diminda... dan
sekejap-sekejap menyebok tengok instagrams empunya para tukang bakers memperagakan hasil manisan dari airtangan memasing dan kebanyakkan dari mereka berniaga bagi menambah pendapatan disamping itu untuk menaikkan lagi nama menjadi lebih dikenali apakata langkah selanjutnya dengan memberi kelas mem-baking pula...
Dan tercuit hati berkata "kok semuanya sama & serupa seperti cara tiru-meniru lagaknya, pusing-pusing rupa hiasannya lebih kurang gitu juga ... dan harga kelas yang dikenakan tidaklah setanding dengan piawai manisan yang dibikin... dan yang seterusnya enggan dipertikaikan nanti pasti ada yang mencebik "makchik tinggal diPeranchis nak berlagak konon".. !
 Lantas tercuit hati ber-ironi terhadap diri yang tadi cuba mencuba membikin sebiji kek yang asasnya begitu mudah akan tetapi teknik-nya tidaklah semudah seperti yang disangkakan !!!

Nama aje udah lama menetap ditanah Peranchis, namun gâteau belang-belangnya kok tidak lulus-failed !!!
Bergincu merah (taruh sedikit dan jadilah warna pink lembut), ber-cacao Valrhona dan cream berbijian vanilla, piawai rupa tidak lulus, piawai rasa lulus, oleh itu usah lagi mengata itu dan ini = dosa percuma namanya...




 pokoknya memasing punyai kelebihan terpuji juga kelemahan yang sebolehnya diperbetulkan sehingga piawai tertinggi diperolehi dengan jayanya !
Jikalau ter...mengata didalam lubukhati secepat yang mungkin ber-Istighfar Astaghfirullah memohon ampun supaya diri sedar dan insaf bahawa tiada sesiapapun didunia ini yang sempurna 100%. Sehendaknya terimalah seseorang itu dengan seadanya...



 Sekuntum mawar pinky lembut, basah kuyup dek titisan airnya hujan...

" De toutes les passions, la seule vraie respectable paraît être la Gourmandise"
Guy de Maupassant.



2 commentaires:

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Melihat kepada titisan hujan dikelopak bunga bagai terasa kedinginan di sana. Mungkinkah semua tumbuhan sedang menikmati siraman hujan yang menyegarkan mereka?

Ternyata fenomena kek belang sedang melanda, dan Ratna nampaknya tidak ketinggalan mencuba. Saya sendiri gagal mendapatkan corak/belang yang cantik setiap kali membuatnya. Insyallah sama-samalah kita mencubanya hingga menjadi dan semoga hati kita terus dipenuhi dengan keinsafan, setiap seseorang itu ada yang lebih dan ada yang kurang. Syukur dengan segala nikmat yang kita perolehi dariNYA.

Salam manis dari jauh..

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam dan salam Ros,

Iya, segala tumbuhan menghijau segar, sayur-sayuran dan benih-benih yang telah ditanam sekarang sudahpun bertunas berkat dari air hujan yang menyiram bagi membantu keatas penumbuhannya Alhamdulillah... meskipun waktu berkebun tertunggak dek hujan, agenda yang lain didahulukan sementara menanti keadaan cuaca kembali gemilang...

Ros, diwaktu hujan enaknya berminum petang bersama manisan yang simple dengan kerasaan lemak-lemak manis lembutnya, oleh itu kek belang-belang inilah yang sesuai untuk dijamu diwaktu mendingin sebeginian... dan kok belang-belangnya tidak menjadi?
Benar Ros, tidak semua kejadian masakan dapat kita jayakan, seperti contoh sekarang disini ada pertandingan "qui sera le prochain grand pâtissier? dan "la meilleure boulangerie de France" dimana ahli-ahli professional chefs/cooks yang mengambil bahagian masih tidak lulus pabila disuruh membikin sesuatu manisan walhal memasing semuanya berpengalaman tinggi yang memegang "highly skilled professional cook"...
Ramai Chefs disini berkata seringkali yang disangka mudah itulah sebenarnya yang terpaling sukar untuk mendapatkan hasil yang menjadi !

Makanya merendah-rendahkan diri, perilaku dibawah kesederhanaan didalam pengetahuan semoga tidak angkuh dengan ilmu yang digengam erat...
Salam mesra semanis madu.