jeudi 1 mai 2014

Salam menyambut hari pertamanya bulan May...

| |



Gubahan secara rustik a là kampong se-bouquet jambak bebunga printemps yang dipetik terus dari taman pada pagi tadi... penaik seri baginya sibunga putih Muguets-lys des vallées/lili of the valley yang berbentuk loceng cenonet comel sekali !



Tumbuhan Muguets yang ditanam dibawah teduhan pokoknya Tilleul yang sekian lamanya telah berkembang mekar dimana pada tahun ini tumbuhan Muguets berbunga tertalu awal dari tarikhnya yaitu dari semenjak 3 minggu nan lepas lagi... banyak penguasaha petani bunga merungut karena terpaksa dipetik lantas diawetkan sehingga tibanya hari pertama bulannya May untuk dijual bagi bekalan keseluruhan pelusuk Peranchis.



Tumbuhan bunga Muguets-lys des vallées/lily of the valley adalah sejenis bunga simbolik disini Peranchis sebagai simbol bermulanya semusim Printemps/musim bunga yang membawa kepada kesejahteraan juga petanda kelahiran bunga-bunga nan baru berputik bagi semusimnya bunga...Sejarah asalnya bunga Muguets ini bersimbol "hari fête de l'amour/love feast-celebration kepada setiap yang dikasihi akan menerima se-bouquet bebunga Muguets yang diamalkan dari abad 15, hanya pada abad ke-16 ianya disambutkan pada setiap hari pertama bulannya May setelah (pada zaman Renaissance) Charles IX menerima sejambak bunganya Muguets dari chevalier Louis de Girard pada hari pertama May.
Dan hari Pekerja telah diistiharkan semasa zaman dibawah penjajahan bahawa hari pertama May 1941 dirasmikan oleh Maréchal Pétain sebagai hari Pekerja juga hari de la Concode Sociale dimana hari pertamanya bulan May menjadi hari cuti umum yang dikira dan dibayar...


 Muguets berwarna pinky rose yang ditempah khas dari pengusaha Botanik di Bordeaux pada dua tahun nan lalu... hanya pada tahun ini bebunganya menjadi lebih besar jika dibandingkan dengan tahun yang pertama.

Cuti umum nan nyaman meskipun disini kampongulu berudara dingin dek hujan pada setiap hari semenjak seminggu nan lepas, namun suasana disekeliling berharuman segar mewangi yang diserikan dengan bebunga yang bebilang jenis rupa, warnawarninya nan gemilang...Alhamdulillah.

Voilà.