dimanche 4 mai 2014

Sebelum ke l'école Valrhona ateliers-stages Gourmets-nya...

| |


Mencubai dahulu untuk membiasa selesakan diri membikin pâte à choux yang ber-topping tahta dengan lapisan " au craquelin" recipe dari Michalak Christophe Chef pâtissier yang tidak perlu lagi diperkenalkan...

 Pâte à choux au craquelin.

 Pâte à choux au craquelin ini semestinya diisi-intikan dengan apa sahaja jenis perisa cream yang disukai, jikalau dijamu sebegitu sahaja tidak berapa mengancam rasanya karena pastry pâte à choux-nya tidak manis oleh itu untuk menyeimbangkan kerasaannya menjadi kena dan tepat, seeloknya diinti-isian...

 Pâte à choux yang sudah ditahtakan dengan dough craquelin.

 Deretan pâte à choux yang sedang ditahtakan dengan craquelin.

Pertama kali membikin ini pâte à choux au craquelin dimana sebelumnya hanya sering membikin choux biasa yang dioles datarannya dengan kuning telur besertakan taburan biji-biji gula kasar ...

 Dibakar selama 1 jam 15 menit dan inilah hasil kejadiannya...

 Lapisan craquelin pabila sudah siap menjadi garing dan rangup !

 sebenarnya,yummy juga jikalau dimakan kosong tanpa cream didalam perutnya !


 Bikin satu adunan dan dapatnya sedulang sahaja, ya udah mencukupi karena yang Tengah juga ada menyediakan cookies dua rasa, yummy...

Voilà... agenda mem-baking bagi melatihkan diri dihari minggu yang bersuhu dingin kembali dek hujan yang mencurah turun...

12 commentaires:

Nazayiena Ayiena a dit…

Sedapnya...

ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Semalam saya 'bertandang' ke sini. Rasa tak keruan bila memandang hasil tangan dari Ratna. Puas mencari di internet, dan pagi tadi jam 4.00 telah dapat menghasilkan serupa sepertinya yang dipaparkan dalam blog Ratna. Akan tetapi kurang garing pate a choux-nya dan sebahagiannya jadi kempis. Mengapa jadi begitu ? Harap Ratna sudi memberikan tips untuk saya bagi menambah baik kejadiannya di masa hadapan. Terima kasih daun keladi..!

Anonyme a dit…

Share recipe nya sis..ty / norma

Anonyme a dit…

Wahai Ratna

Atas urusan kerja, kubawa suamiku(my touris guide)sekali ke Eropah kali ini.
Aku berada di Paris pada petang Selasa,22hb hingga petang Khamis,24hb April 2014. Tapi terburu-buru kesana kemari. Ingin sangat lihat kampung ulu tu, tapi mungkin di lain kali.

Harus tabung ayam di beli lagi dan diisi hingga penuh untuk kesana lagi.

Choux puf sedap makan gitu sahaja. Takut pinggang kembang

Ahkak

Anonyme a dit…

Bagaimana nak buat "au craquelin" ni?

Ahkak

Bintangjauh a dit…

Salam wahai semua,

akan Ratna ulaskan gimana cara tekniknya karena Ratna kepergian rumahnya mertua hingga esoknya hari...

Sampai nanti ya.

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam dan salam ros,

seringkali pâte à choux-nya menurun mengempes karena dough-nya tidak dimasak/panaskan bagi mengeringkan cecair airnya semasa tepung dihumbankan kedalam adunan cecair tadi,dan kembalikan ketungku api yang lembut selama 3 menit terus dikacau tanpa henti sehingga dough kelihatan tidak melekat-lekat ditepi dindingnya casserole kemudian diketepikan selama 5 menit baru dimasukkan telur sebiji lepas sebiji sehingga habis, lagi senang masukkan adunan didalam mixer pusing sehingga berkilat tekstur adunan yang menandakan ianya sudah siap rapi pembancuhannya.

Diharap ros cubain sekali lagi ya, semoga hasilnya dapat dijayakan dengan sejahteranya.
Salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Salam Ahkak,

Kemarin lepas di-Paris ya! Ooh là là... chic alors ! Insya'Allah semoga-moganya...

Sekali-sekala ngak apa-apa... kus semangat, makannya tahap sederhana usah sampai ter...kembang itu pinggang nan ramping nanti jadi lain ya...

Salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…


Wahai Ahkak,
craquelin = crumbles serupa dan sama, dileper dahulu terus terap-terapkan kemudian disejukkan didalam peti es selama 2 jam dan voilà... seterusnya à toi de jouer/you figure it out !

Cubain ya wahai Ahkak, super yummy !

Bintangjauh a dit…

Salam Norma,

akan sis peragakan nanti, tunggu ya... salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Salam Nazayiena Ayiena,

iya, sedap yummy didalam lemak-lemak manis yang lembut dengan sentuhan cream ber-caramel yang serasi lagi sesuai bersama !

Salam mesra semanis madu.

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan atas kesudian Ratna memberikan tips untuk menghasilkan puff yang garing. Insyallah akan saya cuba hujung minggu nanti. Terima kasih daun keladi.!!