lundi 12 mai 2014

Segala puji-pujian...

| |


Suhu dingin merisik lagi... langit berwarna kelabu petanda hujan mahu turun sama seperti kemarin..
Weekend, berduaan bersama CintaJL yang sebok mengembur tanah selesai sudah terus menanam ubi kentang, salades, kacang buncis dan kacang peas, selainnya akan dicucuk tanam pada weekend yang mendatang...


 La Glycine/wisteria bonsaï empunya CintaJL yang sedang berbunga dengan juntaiannya yang indah, sayang sekali banyak dedahannya musnah terpatah dek es salji yang menepek tebal, lansong rupanya sekarang kok rompong ditengah pohonnya...

Nun disana atasnya sebuah bukit, kelihatan Chateau seribu tahun kukuh sehingga sekarang sedari dahulu kala menjadi simbol perisai bagi kampongulu ini.


 Pada setiap tahun pokok bunga Lupin ini kok sering bertukar-rubah warnanya dan tahun ini warnanya kuning lembut.

 Iris kekuningan lembut ini juga pada tahun lepas tidak berbunga dan tahun ini... me voilà !

 Bunga pom-pom putih membulat cantik berseri.

 Allium, pertama kali ditanam dan hasilnya...

 Iris, Rhododendron merah, Tulips, Mawar rose dan Allium berjiran mesra bersama.



 Kelihatan out-building/dépendance rumah diserikan dengan pelbagai kembangan...

Ditanam ditepi pinggiran kolam renang yang masih tampak comot !

 Putih & Suci.

 Dihujung laman terdapat sebidang kawasan khas untuk tumbuhan Perennials.

 yang kini bermula membunga-bunga...



Bunga Lin biru yang cenonet sedang rancak mengembang mekar, segar-bugar dan rimbun...


Flora & Fauna yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

 Mademoiselle Honey Aristocat yang pastinya ada dimana sahaja siBintangJauh pergi bersiaran sebagai peneman nan setia...


 Dihadapan gate terdapat dua bahagian pokoknya Iris yang harum mewangi...

 Warna peach lembut, adore sekali.

 Selurus jalanan terus kekampong seberang dimana kampongulu ini terbahagi kepada tiga kampong yang berlainan walhal dekatnya hanya sejengkal.. !


 Tahun ini kok banyak yang berwarna putih...



 Meskipun bercuaca mendung nan murung akan tetapi pada setiap perkara yang diterbalikkan pasti ada  penawarnya... mustahil harian dimurungi karena keindahan semulajadi kurniaanNya sudah pasti tiada tandingannya, Alhamdulillah.

9 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna,biarpun cuaca mendung murung pasti hati tetap riang bagai bunga2 ditaman yang sedang mekar berkembang. cantik sekali!

Bintangjauh a dit…

Salam Kak Rose,

sedemikiannya, sukar mahu bergundah gulana didalam keresahan lagi-lagi dengan keadaan cuaca yang tidak keruan turun naik suhunya... namun itu semua senang dihapuskan oleh keindahan semulajadi yang terpampang nyata bilamasa musimnya bunga hadir dengan warnawarni nan gemilang bersamaan harum-haruman yang mewangi... rezeki yang bertaraf keindahan ini begitu Ratna hargai sesungguhnya.

Salam mesra semanis madu.

Anonyme a dit…

Salam Ratna,
Cantiknya bunga2an di laman Ratna...sejuk jiwa memandang bunga2 yg cantik jelita itu...tentu sekali sejelita org yang menanamnya...Sesuai namanya Ratna Juwita..Geram knur tgk allium dan iris...jugak 'siti zubaidah' yg putih suci...azalea merah memang menambat hati..buat knur lapang dada melihatnya...
Dan si Honey peneman setia...comel sekali...
Tadi knurl ada call Ratna,tapi tiada yg jawab.Pastinya Ratna berkebun tu....Hingga tak dengar deringan telefon.Nanti kalu Ratna senang,call knur ya..
Terima kasih Ratna...
Salam rindu dari knur yg jauh...

Art Lover a dit…

Aslmkm Ratna..
Rindu, dan lama sangat tidak menjenguk Ratna.
Firstly, nak mengucap Happy Mother's Day. Semoga di rahmati dunia akhirat sebagai seorang ibu.
Indah sungguh permandang buangaan diTaman Ratna. Tenang sekali.






Cik Puan Eka a dit…

udah lama tak lihat si miow miow tu sis. comelnyaa dia.

bunga2nya cantik..

Bintangjauh a dit…

Salam Puan Eka,

musim bunga + honey = flora & fauna...

nanti-nanti lagi banyak bebunga menanti gilirannya mengembang kembang...

salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Salam Puan Eka,

musim bunga + honey = flora & fauna...

nanti-nanti lagi banyak bebunga menanti gilirannya mengembang kembang...

salam mesra semanis madu.

Bintangjauh a dit…

Salam Kak Nur,

sampai dititik akhir, terus tersenyum...

Sampai nanti di Paris !

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam dan salam sis Iha,

sama-sama rindu... terimaKasih dengan ucapannya Happy Mother's day dimana disini akan disambut pada May 25 ini, begitu jua untuknya sis Iha...
Musim bunga yang Ratna adore sekali, nyaman lagi tenang suasananya disini, Alhamdulillah..

Salam mesra semanis madu.