mardi 3 juin 2014

Meski pun sudah ireng...

| |




Pokok mawar merah ini dahulu berada dihadapan pagar utama dan dari penerangan jiran sebelah pokok mawar ini usianya sudah uzur sekitaran 80 tahun, tahun sebelumnya dialihkan yang dibantu oleh yang Sulong supaya berada berhampiran kawasan terrasse/patio, dan sekarang setelah setahun berbunga-bunga galak cantiknya mawar merah ini.

Sepasang tanganku sekarang tampak kusam dan ireng dek terdedah oleh sinarannya mentari...
Kulitpun menjadi kasar lagi kesat serasanya, kream khas untuk tangan dioles-oles setiapkali selesai kerja mengebun, namun...
harus menerima kenyataan bahawa tumbuhan semulajadi sudah berjaya mendekatkan diri bagi menghasilkan suasana yang tenang lagi damai...
Ireng atau kekusaman kulit itu tidak dapat dielakkan kecuali berkebun yang tangannya bersarung tangan akan tetapi tidak selesa bersarung karena tangan cepat berwap panas jadinya.. !
Yang jelasnya, setiap musim panas mendatang pasti kulit cepat terbakar dan irengnya... ya ampun !!!


 Alhamdulillah, merimbun cantik buat pertama kali berbunga kembali setelah ditukar alihkan tempatnya dahulu, seringkali pokok yang telah selesa ditempatnya jika diusik jadi merajuk... semasa selesai ditanam terus berkata halus terhadapnya dan sekarang menjadi pemanis harian.


 Setiap pagi melangkah keluar dari pintunya dapur, inilah teguran salam permandangan yang disaksikan...

 Dari pinggiran terrasse/patio serasa nyaman bersapan pagi, berminum petang atau duduk-duduk bersenang lenang bagi menghargai suasana hijau yang indah.

 Dibahagian belakang terdapat mawar rose bewarna kuning diraja, oren, taupe juga peach yang masih diawal pemutikan kuntum yang semakin membesar, dalam seminggu ini pasti akan mengembang mekar.

 Pada pertengahan bulan in sudah boleh keluarkan meja & kerusi exterieur untuk makan berhidang disepanjang semusim panas nanti.

 Lavender sedang rancak menumbuh tinggi dengan putik-putik yang akan membunga unggu biru bersamaan bau harumnya yang banyak menumbuh diselatan Provence Peranchis.

Terdapat tiga pokok deretan yang membulat besar. 

 Yang tiga ini tumbuh ditepi rumah, mengadap terus tempak letak mobilnya CintaJL.

Ada juga ditanam ditepi pinggiran kolam renang, hujan sedang turun...

 Deretan Lavender de Provence yang ditempah khas dari penguasaha bunga dimana bau harumnya begitu amat sangat hebat parfumnya.

 Selorong jalanan yang dihiasi dengan tumbuhan les Buis/boxwood, tahun demi tahun tampak semakin membesar...

Ditanam berderetan dilereng tepinya terrasse/patio, nanti-nanti pabila sudah berbunga mekar dengan tiupan angin bau harum lavender akan tersebar seperti renjis-semburan harumwangi parfum....

Yang ini baru berbunga di bawah teduhan pokok Tilleul, bunganya halus berbulu naik meruncing tinggi bentuk rupa-parasnya.

Setiapkali mengoles kream dkulitnya tangan, hati berdetik "hanya sementara nanti akan kembali pulih seperti asalnya".. memujuk diri walhal gusar juga karena setelah lewat usia sebeginian kulit akan cepat jadi kerepot, au secours !

2 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

cantik sungguh bunag2nya sis. Paling tercantik bunga mawar itu.


Sangat cantik

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Lama sudah saya tak guna perkataan ireng tu. Dulu-dulu semasa arwah emak saya masih hidup bahasa jawa diguna sebagai bahasa komunikasi di rumah. Setelah kehilangannya 27 tahun lalu, nostalgia itu bangkit dengan perkataan ireng dari Ratna.

Dengan hasil bungaan yang mewah, rasanya tak kisah jadi ireng, geseng sekali pun tak mengapa...huhuhu

Salam manis dari jauh dan selamat menyambut tibanya bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan buat Ratna sekeluarga.