jeudi 5 juin 2014

Un petit moment de douceur...

| |


Entry ini adalah paparan yang terakhir... 
Akan kembali pada AidilFitri nanti.
Meskipun masih lagi awal bagi menyampaikan ucapan ini, dari terlepas elok disebarkan juga...
Sejambak ucapan Selamat berpuasa dibulan Ramadhan nan mulia kepada para bloggers juga sahabat sekalian.

 Les dragées/sugared almond yang bewarnawarni lembut ini menyimbolkan sebuah majlis perkahwinan...

 Disini Peranchis, hadiah-hadiah untuk para tetamu yang pasti diserahkan ialah dengan manisan ini.


If you can't say something nice, say it in french !
If you wish/can say something sweet say it in bahasa warisan...


 Ada terdapat pelbagai pilihan warnawarni dari yang lembut sehinggalah yang galak-ceria , isi didalamnya juga ada yang ber-chocolat, kekacang disamping segala jenis bonbons yang mega yummy !
Les bonbonnièresr/favor sweet candy boxes dari porcelaine-ceramik ini tampak anggun dengan isian manisan yang sepadan bersamanya.

 Kemarin hujan turun hampir kesenja... dan tumbuhan Pivoine/peony ter...patah, dalam setangkai yang berkuntuman banyak memberatkannya lagi lantas bebanan tersebut tidak dapat ditampung oleh tangkainya, kus semangat... serumpun patahnya, separuh diberikan kepada jiran sebelah dan selebihnya untuk diruangmakan...

 Sebagai penyeri.

  Warnanya nan lembut manis, lagi harum wangi semerbak baunya.

 Gambaran photos dirakamkan pada lewat senja tadi, cahaya gemilang semakin suram maka itu mutu warnanya kurang molek !

" To plant a garden is to believe in tomorrow "
Audrey Hepburn-Edda  Kathleen Ruston.


 Peragakan lagi mawar yang menjalar tinggi ini lagi, teruja terhadapnya...


Ditepi garage tersorok sepokok Seringat-jasmins des poètes yang sekarang sedang berbunga mekar...

Luxuriant !

 dengan harumannya nan semerbak.

 bunga unggu kebiruan Campanula sarastro juga sudah kembang mengembang...

 Pelbagai tumbuhan bebunga jenis perennials yang ditanam bawah teduhan pokoknya Tilleul juga sedang rancak mengembang mekar.

Mademoiselle Honey Aristocat.

Lewat senja tadi, dari penjuru halaman yang boleh dilihat terus nun diatas sana sebuah anak bukit...

Insya'Allah, sampai nanti.


5 commentaires:

idzwa kamaruddin a dit…

cantik :)

uji6june a dit…

salam ratna,

pakabar?
harap ratna sekeluarga sihat walafiat dalam peliharaan-NYA.. Aamiin.

di kesempatan ini, uji ingin mengucapkan happy wedding anniversary buat ratna and cinta JL ..

selamat semuanya.. semoga berbahagia.

assalamualaikum.

Anonyme a dit…

Oh...Selamat menyambut Ramadhan juga..love to read your postings.

Anonyme a dit…

salam syaban utk ratna.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak.

angahpj

ummisara a dit…

Salam Ratna...

A silent reader all this while tp kali ini ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri