mercredi 23 juillet 2014

Hortensia & Lavandula-er

| |


Disini Peranchis kampongulu yang bernama "kawasan sejuk" sememangnya tepat sekali nama yang diberi karena selama bulannya July hampir setiap hari hujan menurun tanpa henti...
Lantas,
kejadian semulajadi tersebut mendinginkan kawasan kampongulu ini dan mentari menyorok seakan segan untuk menyemarak sinarannya.

Begitu juga dengan kawasan potager/sayuran, dek air hujan yang banyak hampir kesemua tanaman terkembung oleh air hujan yang melampau bagi sayuran semua dan membikinkannya menjadi rusak dek sang siput yang suka datang berpusu-pusu tatkala cuacanya lembab lagi berair untuk menikmati dedaun hijau yang segar sebagai habuannya !

Fitrah alam semulajadi yang semestinya diakuri dengan sejahteranya.

 Ditepi pinggiran sudutnya rumah sudah terdapat sepokok Hortensia-hydrangeas, dan pada musim bunga nan lalu ditambahkan lagi tiga pokok bagi merimbunkan kawasan sudut ini.


 Pokok-pokoknya kecil cenonet namun bebunganya kok merimbun cantik.


 Biru, rose lembut juga putih suci bergandingan bersama !

 Semoga tumbuhnya berkekalan...

 Cantik berseri.

 Lembut halus warna putih ini, adore gambaran photo yang berarti kesucian...

 Lavender sudah berbunga-bungaan.

Nanti akan di-bouquet-kan sebagai penyeri dihari lebaran pada minggu ini... harum mewangi meja makan berhidang dengan haruman parfum yang semulajadi, Alhamdulillah...